Nuffnang Ads

Dec 26, 2012

Hubungan emas dan mata wang?

Salam semua

Ini pula info untuk anda baca!

1. Emas dan perak pernah digunakan untuk sandaran mata wang fiat.







Seawal Empayar Byzantine, emas digunakan untuk menyokong wang fiat*, atau pelbagai mata wang yang dianggap sah di negara asal mereka . Emas juga digunakan sebagai rezab matawang dunia hampir 20 abad lamanya. Di Amerika Syarikat, mata wang emas ini digunakan sehingga tahun 1971 sebelum  Presiden Nixon menghentikan sistem matawang emas ini.
Antara sebab Presiden Nixon bertindak menghentikan sistem matawang emas ini adalah kerana keterikatan antara jumlah emas dan nilai matawang. Kerajaan tidak boleh mencetak wang sesuka hati melainkan mereka betul-betul mempunyai kuantiti emas yang sama dengan nilaian wang fiat yang mereka cetak. Namun demikian, para ahli ekonomi menyarankan agar sistem matawang emas ini dikembalikan kerana ketidaktentuan turun naik dolar AS dan matawang lain.


 2. Emas digunakan untuk mengelak kesan buruk inflasi.


Pelabur biasanya membeli kuantiti emas yang besar apabila negara mereka sedang mengalami tahap inflasi yang tinggi. Kenaikan harga emas berkait rapat dengan nilai yang ada pada emas tersebut dan ditambah pula dengan bekalan yang amat terhad. Oleh kerana emas sukar untuk dileburkan atau dimusnahkan, emas bertindak sebagai penyimpan nilai yang baik berbanding wang kertas atau mana-mana matawang fiat yang lain.
Sebagai contoh, pada bulan April 2011, para pelabur bimbang akan penurunan nilai matawang fiat dan pada masa yang sama emas pula memperlihatkan kenaikan yang mengejutkan sehingga ke paras nilaian $ 1,500 untuk setiap auns (1 auns = 31g logam). Hal ini menunjukkan, keyakinan terhadap kukuhnya posisi ekonomi dunia amat tipis.

3. Harga emas memberi kesan kepada negara-negara import dan eksport. 


Nilai mata wang sebuah negara yang amat terikat kepada nilai import dan eksport. Apabila sesebuah negara mengimport lebih daripada eksport, nilai mata wang mereka akan menurun. Sebaliknya, nilai mata wang akan meningkat apabila negara tersebut adalah pengeksport besar. Oleh itu, sebuah negara yang mengeksport emas atau mempunyai akses kepada rizab emas akan melihat peningkatan dalam kekuatan mata wang mereka apabila harga emas meningkat, kerana ini meningkatkan kadar eksport negara.
Dalam erti kata lain, kenaikan harga emas boleh mewujudkan lebihan pulangan dagangan dan seterusnya membantu mengimbangi defisit perdagangan. Sebaliknya, negara-negara yang banyak mengimport emas akan memberi kesan kepada penyusutan nilai matawang mereka. Sebagai contoh, negara-negara yang pakar dalam pembuatan barang-barang yang berasakan emas, tetapi kekurangan rizab emas mereka sendiri, akan menjadi pengimport emas yang besar. Oleh itu, mereka akan terdedah kepada kenaikan harga emas.

4. Pembelian emas menyebabkan nilai matawang jatuh. 

Apabila bank-bank pusat membeli emas, ia memberi kesan kepada bekalan dan permintaan matawang domestik dan boleh menyebabkan inflasi. Hal ini disebabkan oleh hakikat bahawa bank-bank sangat bergantung kepada cetakan lebih banyak wang untuk membeli emas, dan dengan itu ia akan mewujudkan bekalan berlebihan mata wang fiat dan seterunya merundumkan nilai matawang tersebut.


5. Pengecualian terhadap tanggapan emas digunakan untuk mengukur nilai mata wang tempatan.

Meskipun kaitan antara emas dan nilai matawang, penilaian akan matawang tempatan tidak seharusnya dibuat sebagai berkadar songsang dengan emas. Sebagai contoh, walaupun terdapat permintaan yang tinggi oleh industri terhadap emas, namun ia tidak memberikan kesan kepada nilai matawang.

Perkara Asas 
Emas telah memberikan kesan besar kepada nilai mata wang dunia. Walaupun sistem matawang emas telah lama ditinggalkan, emas tetap menjadi salah satu komoditi yang boleh bertindak sebagai pengganti untuk mata wang fiat dan digunakan sebagai penyimpan nilai yang berkesan terhadap inflasi. Tidak syak lagi bahawa emas akan terus memainkan peranan yang penting dalam pasaran pertukaran asing.

*matawang fiat : Matawang yang telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai sah digunakan mengikut nilai yang tercetak padanya. Hakikatnya ia tidak mempunyai nilai intrinsik. Kebanyakan mata wang berdasarkan komoditi fizikal seperti emas atau perak, tetapi wang fiat adalah berasaskan kepada nilaian yang ditetapkan oleh kerajaan. Kebanyakan wang kertas di dunia adalah wang fiat. Kerana wang fiat tidak dikaitkan dengan rizab fizikal, ia sangat berisiko apabila berlakunya hyper-inflasi. Wang ini tidak lagi memegang apa-apa nilai seandainya kerajaan mengatakan sedemikian (contoh: syiling RM1). 

sumber:http://www.sunnahemas.com/index.php/article/3-hubungan-antara-emas-a-matawang-dagangan

No comments:

Post a Comment