Nuffnang Ads

Jan 3, 2013

Simpan emas dari sudut islam?

Salam Jumaat penghulu segala hari.....

Mari sini saya terangkan kepada anda emas dari pandangan islam....

Kebanyakan blog2 yang menceritakan pasal emas kesemuanya menceritakan tentang kelebihan (fadhilat) memiliki emas dan ianya disandarkan kepada satu hadith Nabi s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad b. Hanbal yang bermaksud:
Akan sampai satu masa dalam kehidupan manusia, di mana tiada apa lagi yang berguna kecuali dinar dan dirham
Saya berusaha untuk mencari nas asal hadith tersebut dan akhirnya berjumpa dengan hadith yang dimaksudkan iaitu:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِى مَرْيَمَ قَالَ كَانَتْ لِلْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِيكَرِبَ جَارِيَةٌ تَبِيعُ اللَّبَنَ وَيَقْبِضُ الْمِقْدَامُ الثَّمَنَ فَقِيلَ سُبْحَانَ اللَّهِ أَتَبِيعُ اللَّبَنَ وَتَقْبِضُ الثَّمَنَ فَقَالَ نَعَمْ وَمَا بَأْسٌ بِذَلِكَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يَنْفَعُ فِيهِ إِلاَّ الدِّينَارُ وَالدِّرْهَمُ
Sila semak: Ahmad b. Muhammad b. Hanbal (1995), Al-Musnad, Kaherah: Dar Al-Hadith, j. 13, h. 298, no. hadith 17135  atau klik gambar di bawah.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah hukum penggunaan nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah terutamanya dalam dunia perniagaan. Ianya bukanlah merupakan satu kesalahan menjadikan nas-nas tersebut sebagai sebahagian dari daya tarikan dalam perniagaan. Bahkan, kalaulah benar ianya termaktub dalam nas-nas tersebut, maka kitalah sepatutnya orang yang pertama beramal dengannya. Walau bagaimanapun ketulenan dan kekuatan sesebuah nas hendaklah diteliti dengan sebaik-baiknya.
Dalam pelaburan EMAS, kita seringkali diwarwarkan dengan hadith di atas. Ianya adalah hadith yang dhaif (lemah) disebabkan wujudnya perawi yang lemah daya ingatan iaitu Abu Bakar b. Abu Maryam. Cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ianya adalah hadith yang dhaif tanpa perlu memperincikan hukum-hakam yang berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun ianya tidaklah bermaksud menafikan kestabilan nilai komoditi tersebut.
Kalaulah dilihat dalam Al-Quran Al-Karim dan Hadith Nabawiyyah, terdapat beberapa nas yang menggunakan perkataan الذهب (emas). Nas-nas itu pula sebahagiannya menggambarkan bagaimana kecenderungan manusia terhadap komoditi tersebut seperti dalam Surah Ali Imran ayat 14, Al-Taubah ayat 34, Al-Kahfi ayat 31, Al-Hajj ayat 23, Fathir ayat 33, Al-Zukhruf 53 dan 71. Maka dengan itu, fakta kecenderungan manusia terhadap emas adalah sesuatu yang telah diiktiraf oleh Allah s.w.t. dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim.


Kebimbangan saya pula adalah jika sekiranya seseorang mengambil hadith di atas sebagai satu sandaran yang cukup kuat bahawasanya pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan yang begitu menguntungkan dan tiba-tiba berhadapan dengan kerugian dan akhirnya mempertikaikan kebenaran hadith-hadith Nabi s.a.w. tanpa melihat kepada ketulenan, kekuatan dan maksud hadith tersebut, maka sudah pasti ianya sesuatu yang cukup membahayakan akidah dan kepercayaan seseorang muslim. Maka berwaspadalah wahai sekalian saudagar-saudagar emas…
Lihatlah statistik harga emas sejak 1974 di bawah.

Pandangan saya, pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan yang menguntungkan namun ianya tidak datang bergolek ataupun melayang tanpa ilmu, usaha dan pengorbanan.
 
Sumber: http://infinitygold.blogspot.com/2011/07/kelebihan-emas-dari-perspektif-islam.html

No comments:

Post a Comment