Nuffnang Ads

Jul 18, 2013

Apa itu KOS UPAH yang ada di Kedai-Kedai Emas ?

Salam semua rkan jutawan sekalian......

 
Apa itu KOS UPAH ?
KOS UPAH untuk apa ?

Diluar sana ada pelbagai definisi mengenainya dan apatah lagi dengan harga emas yang rendah ditambah pula berita kenaikkan KOS UPAH sebanyak 15% sehingga 30%

Tahukah anda yang UPAH anda bayar adalah untuk servis yang telah diletakkan untuk kerja-kerja pertukangan membuat emas (workmanship) dan adakalanya dicaj juga seperti penyewaan kedai, komisen pekerja, pengiklanan dsbgnya.
Usah pening dan risau dengan UPAH kerana secara tak langsung anda membantu juga kepada kelangsungan kedai-kedai emas yang ada dan dengan itu kedai-kedai emas yang ada akan mempunyai pekerja yang berkerja.. Cuma anda perlu bijak berbicara untuk mengurangkannya.

Lagi kemas corak barang kemas tersebut lagi tinggilah UPAH. (Adakalanya barang kemas tersebut diletakkan sekali dengan batu-batu permata yang indah dan memerlukan 'skill' untuk mengikat batu-batu tersebut).

Jika ada yang menawarkan harga TANPA UPAH bagaimana ?
 

Sebenarnya anda harus lihat kelangsungan kedai-kedai emas tersebut bagaimana mereka beroperasi kerana,
Kami di GSR hanya menggunakan 'Platform' laman sesawang sebagai perantara diantara pembeli dan penjual. Dari itu kami dapat menjimatkan lagi dari pelbagai perkara dari UPAH tersebut.

Jika anda perlukan nasihat untuk menukarkan sebahagian simpanan anda kepada emas/perak boleh hubungi saya.
Untuk pemahaman yang lebih mendalam lagi adalah seperti berikut:-
KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG


Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli. Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50++ sehingga RM300++. Jangan pula anda terkejut sekiranya ada kos upah yang tinggi. Sebenarnya, bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik melainkan anda sendiri mahir dengan pertukangan emas.

Baiklah, mari kita buat pengiraan KOS UPAH:


(KAMI DI GSR TIADA MENGENAKAN KOS UPAH, HARGA TERTERA DI WEB ADALAH HARGA YANG PERLU ANDA BAYAR)- Harga pada 19/7/2013

Andai kata anda membeli cincin 916 dengan berat sebanyak 2.00 gram di atas. Soalan biasa yang anda akan tanya adalah "Berapa harga emas segram?". 

Katakan harga emas ketika itu adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah:

RM 153 x 2 gram = RM 306    --->> Tapi tunggu !!
Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:

RM306 + RM50 = RM356

Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:

RM356 / 2 gram = RM 178 per gram!!
(sedangkan harga pasaran emas sekitar RM155)

Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli.

Jika anda memerlukan nasihat untuk menukarkan sebahagian simpanan anda kepada emas/perak boleh hubungi saya.

sumber

3 comments:

  1. Encik, bagaimana pula yg seller britahu Rm253 segram tanpa upah?

    ReplyDelete
  2. Emas harga rm229 upah Mahal.. pandai kedai emas di Sabah Ni guna Cara...padahal harga sama je yang Kat luar. Tapi dia lg pandai SB upah fix...

    ReplyDelete
  3. Kalau menjual semula emas gold bar adakah dikenakan kos upah juga ke? Setahu saya barangan emas baru sahaja ada kos upah. Ini terjadi semasa saya menjual dikedai emas dan dia mengenakan kos upah pdhal saya menjual bukan membeli.

    ReplyDelete