Nuffnang Ads

Jan 15, 2013

Fakta Silver?

Salam,

Entry kali ni saya ingin menceritakan fakta tentang silver,walaupon copy paste namu fakta ini sangat berguna supaya kita tidak ketinggalan dalam melabur dalam silver...

Fakta Silver:
1. 1950 – bekalan silver yang dilombong di permukaan bumi seluruh dunia mampu menampung keperluan sehingga 140 bulan. 1970 – bekalan berkurangan sebanyak separuh (70 bulan). 1990 – 55 bulan. 2010 – 11 bulan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, lokasi utama kita dapat silver sekarang adalah daripada permukaan bumi. Jadi kos dia lebih mudah. Bila silver mula dilombong di bawah tanah, kos akan meningkat berkali ganda, termasuklah harga silver.

2. Penggunaan silver dalam bidang elektronik tahun ini dijangkakan sebanyak 250 juta auns. Kena ingat, berbanding emas yang disimpan di dalam peti besi bank-bank dunia, silver digunakan dalam peralatan elektronik harian.



3. Dalam penggunaan untuk membuat panel solar, 75 juta auns silver telah digunakan pada tahun 2010. Pada tahun 2014, dijangka permintaan silver untuk membuat panel solar akan meningkat sehingga 130 juta auns (hampir 2 kali ganda dalam masa kurang daripada 5 tahun!)


4. Penjualan syiling Silver Eagle semakin bertambah dari tahun ke tahun dan telah mencecah sebanyak 35 juta syiling pada tahun 2010 atau sebanyak 4.8% silver yang dilombong pada tahun tersebut. Kemungkinan untuk syiling ini dileburkan semula untuk kegunaan industri adalah mustahil sama sekali, kerana ini adalah salah satu syiling silver terkenal di dunia. Hal ini adalah sama dengan silver yang digunakan dalam pembuatan smartphone.

5. Lombong baru di US dan Kanada mengambil masa sehingga 10 tahun sebelum ianya boleh mengeluarkan silver. Nevada di US yang selama ni merupakan negeri silver telah menunjukkan tanda-tanda bahawa tahap pengeluaran maksima silver di negeri tersebut telah pun berlalu. Pada tahun 1997 sebanyak 25 juta auns silver telah dikeluarkan oleh negeri tersebut manakala pada tahun lepas telah jatuh kepada 7.3 juta auns.
6. Berdasarkan laporan industri, pengeluaran silver sekarang semakin susah dan memerlukan kos & masa yang lebih banyak. Akan berlaku kekurangan silver menjelang 2020 atau mungkin seawal 2015.
7. Dengan kejatuhan harga silver baru-baru ini, pelabur di seluruh dunia sekarang sedang menunggu masa yang sesuai untuk membeli silver.

Dapatkan 100gram silver sekarang,harga mampu milik untuk semua =)


Sumber:http://www.cikguemas.com/2012/01/bila-masa-paling-sesuai-untuk-membeli.html

No comments:

Post a Comment