“Walaupun akta ada menyatakan pemegang
lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku
kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil
kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai
gadaian sebenar,” ujar Abdullah.
Enam bulan adalah tempoh pajakan yang
singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai
terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa
yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi
kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu,
akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak
RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang.
Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan
menaikkan nilai barangan.
Dari segi menamatkan kontrak gadaian,
Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai
telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak
mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan
kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia
hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang
dikenakan
Selain itu, kontrak juga boleh berakhir
dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju
menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa
membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia,
Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal
sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau pemegang gadai meninggal
dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris
masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta
gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan
untuk menjelaskan hutang si mati.
“Dalam kes gadaian yang menggunakan
harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai
tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi
pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan
pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah
hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi
kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan
keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam
dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang
mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.
Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia
merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih
belum ada sistem yang seumpamanya di dunia.
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk
kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat
dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang
tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna
mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna
tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya………….”(Surah al-Muddaththir 74:38)
PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan
Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan
syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi
tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”
H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan
Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada
harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika
hutang itu tidak dapat dibayar”
Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan
bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada
harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang
piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil,
sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh
ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman
menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau
pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
HUKUM
Firman Allah SWT – “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis – “Bahawasanya Nabi
saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang
bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk
keluarganya.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis – “Dari Aisyah r.a
yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi
dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi
s.a.w menyerahkan baju besinya”
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis – “Dari Ibnu ‘Abbas
r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam
keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang
dibelinya untuk nafkah keluarganya”
(Riwayat Tirmidzi)
RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
• Terdapat banyak perkhidmatan yang
tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam
sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat
dalam kelompok berpendapatan rendah.
• Terdapat bilangan yang agak
substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang
dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini
wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara
penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).
• Pada umumnya skim-skim pinjaman
yang illegal ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi
dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
sumber:http://tokeyemas.shukri.my/?p=449
http://www.arrahnu.org/0018.htm
sumber:http://tokeyemas.shukri.my/?p=449
http://www.arrahnu.org/0018.htm
No comments:
Post a Comment