Salam semua.....
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak
Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan
dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam
perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah
(interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding
Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil
kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin
ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku
penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas
seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek
sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak
berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat
tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan
melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku
kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang
gadaian.
4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam
skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin
pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi
oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau
dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang
ia berada di pihak penerima gadaian.
5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang
rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang
rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai
Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga
sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima
atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang
kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau
dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat.
Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan
semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak
Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan
dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh
membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai
oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang
kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya
pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman
mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi
notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak
dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis.
Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa
membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang
gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak
Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak
menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan.
Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah:
Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
sumber:http://tokeyemas.shukri.my/?p=449
http://www.arrahnu.org/0018.htm
menarik...
ReplyDeleteTerima kasih adik hani comel.. =)
Delete