Nuffnang Ads

Jul 18, 2013

Tabung kekayaan?

Assalamualaikum para jutawan....


Sedikit perkongsian ringkas buat semua dikala kita dikejutkan dengan penurunan mendadak emas. Dimana seolah2 kita masuk “time machine “ 3 tahun kebelakang!

Saya mengambil peluang yang ada dengan meningkatkan KEPERCAYAAN sy bahawa Tabungan/Simpanan Emas & Perak boleh melindungi nilai kekayaan.


Pada minggu lepas sy berkesempatan menimba ilmu bersama Pakar Silver saudara Ikram Adi dimana beliau merubah konsep tabungan silver saya bukan utk UNTUNG tetapi untuk melayakkan saya disenarai orang KAYA. ( hanya org kaya dan mampu boleh berzakat: tahukah anda tabungan logam Perak membolehkan anda tersenarai lebih pantas! )


Ok saya kongsikan 3 artikel dimana artikel 1 lebih kepada situasi semasa apa yang berlaku sekarang, artikel ke 2 saya suka kerana sgt provokasi sebagai penyimpan Emas Perak tegar. Dan artikel ke 3 daripada saya sendiri dan saya ambil sumber dari internet.

PENAFIAN: Baca boleh tapi jangan taksub ;-)


Artikel 1.

Apa tindakan anda?

Harga semasa spot merudum. Apa yang berlaku dalam dunia sebenar emas dan silver?

Kalau ikut logik harga merudum apabila permintaan jatuh atau bila pengeluaran meningkat.

Tapi apa sebenarnya berlaku?

Apr 16, 2013 (Permintaan)

India


"Permintaan emas meningkat di kalangan pembeli runcit" - Rajesh Mehta, Pengerusi Rajesh Exports Ltd

“Kami terus membeli sebaik sahaja melihat harga emas merudum" - Blossom D’souz, Pengguna

Australia

Perth Mint melaporkan pembeli runcit meningkatkan pembelian, ini termasuk aktiviti pembelian online yang tertinggi sejak tahun-tahun sebelum ini.

Permintaan terhadap syiling emas meningkatkan 48% pada suku pertma tahun ini

Jepun



Reuters melaporkan ada pembeli emas yang pertama kali membeli sejak 20 tahun. Jumlah pembeli mengatasi penjual. Ada yang menunggu hingga tiga jam untuk urusan jual beli.

Seorang penjual emas di Ginza SGC mengatakan pelanggan membawa pulang 6kg emas menjelang perniagaan di tutup hari Selasa petang.

Amerika Syarikat


Premium meningkat bagi silver sehingga 20%. Tempoh penghantaran meningkat hingga 5 ke 6 minggu.

Lombong logam berharga (Penawaran)



Pada hari Rabu dua minggu lepas dinding lombong Bingham Canyon runtuh. Lombong ini menghasilkan 400,000 oz emas dan hampir 3 juta oz silver setahun. Kejadian ini menyebabkan lombong berkenaan tidak dapat beroperasi pada keupayaan penuh hingga beberapa tahun lagi.

Pada hari yang sama di Chile, Mahkamah Agung Chile menggantung operasi lombong emas Pascua Lama kepunyaan Barrick Gold atas alasan kebimbangan terhadap kesan sosial serta alam sekitar. Lombong ini dipercayai berkeupayaan mengeluarkan 18 juta oz emas gold dan 700 juta oz silver.

Sumber: Dekad Silver


Artikel 2.

1. Harga emas jatuh (lagi).
2. Awal tahun 2013, emas pada harga USD 1,690 / oz dan hari ini 15 April 2013, harga dah jatuh sampai USD 1,377 / oz. Kejatuhan sehingga USD 300 atau 18%.
3. Tiada siapa tahu adakah harga emas akan terus jatuh atau akan naik semula. Itu kerja nujum Pak Belalang.


4. Persoalannya, adakah harga emas dah jadi “murah” sebab harga jatuh?
5. Saya tak tahu sekiranya harga emas dah jadi murah. Sebabnya, murah jika dibandingkan dengan apa? Murah dibandingkan dengan harga awal tahun? Atau murah dibandingkan dengan harga Honda City ? Atau murah dibandingkan dengan coklat Mars?
6. Emas tidak ada pendapatan berbentuk aliran tunai. Siapa beli emas, lepas emas tu keluar dari peti besi kedai, emas tu masuk semula dalam peti besi pembeli yang lain. Itu sahaja. Bukan boleh buat apa pun. Lepas belek-belek, cium-cium dan usap-usap, kita simpan semula.
7. Justeru, kita tidak dapat mengira intrinsic value emas sebab emas tak boleh beri kita pendapatan. Jadi tak boleh nak kata harga emas dah murah jika dibandingkan dengan intrinsic value sebab emas memang tiada intrinsic value.
8. Sekiranya saya ada duit, maka sama ada saya beli barang kemas untuk dihadiahkan kepada isteri atau saya laburkan semula dalam bisnes saya atau beli bisnes orang lain. Kalau orang lain nak beli emas banyak-banyak, itu dia punya pasal.

Sumber : Pakdi

Artikel ke 3 .


Dalam perkongsian Bengkel Emas Perak 2013 yang berlangsung di Al Syifa Business Centre yang lalu saya didedahkan dengan satu fakta yang amat menarik . Simpan Emas dan Silver akan MENJEMPUT REZEKI melalui ZAKAT.


Dikala harga emas yang jatuh merudum ini, peluang untuk saya mencapai target simpanan saya bertambah cepat tahun 2013 ini. Kenapa?

Isu HARGA | Saya pernah membeli emas dikala harga emas 999 RM200 manakala 1 oz perak RM180 ( harga emas USD1900 ).
Jom buat kira2.
Jika keupayaan saya menyimpan sebulan 1 g RM200 + 1 oz RM180 = RM380 ( TETAP)
Target saya simpan 20oz Perak dan 85g Emas.
Harga semasa tertinggi USD1900
20oz x RM180 = RM3600 ( Nisab zakat perak 595g , 20 oz x 31.1g= 622g)
85g x RM200 = RM17,000 ( Nisab zakat emas 85g)
Total RM20,600 jika nak keluarkan zakat Emas dan perak.

Dengan harga sekarang,

Harga semasa hari ini USD1430 ( ini harga tahun 2010 kita beruntung )
20oz x RM113 = RM2260
85g x RM170 = RM14,450
Total RM16,710 sahaja.

Dengan harga emas jatuh ini peluang terbuka luas untuk penyimpan/pelabur baru memulakan simpanan Emas dan Perak.

Anda sedia maklum bahawa hanya orang kaya sahaja yang boleh mengeluarkan zakat. Peluang untuk kita menjadi orang kaya dengan menyimpan 595g. GSR menawarkan 1 oz RM113 sahaja maka anda berpeluang menjadi orang kaya dengan bermodalkan RM2260 shj!

Zakat adalah ibadah dalam bidang harta yang mengandung hikmah dan manfaat yang demikian besar dan mulia, baik yang berkaitan dengan orang yang berzakat (muzakki), penerimanya (mustahik), harta yang dikeluarkan zakatnya, maupun bagi masyarakat keseluruhan. (Abdurahman Qadir, Zakat Dalam Dimensi Mahdhah dan Sosial, Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, 1998, hlm. 82) Hikmah dan manfaat tersebut antara lain tersimpul sebagai berikut.

Pertama, sebagai perwujudan keimanan kepada Allah SWT, mensyukuri nikmat-Nya, menumbuhkan akhlak mulia dengan rasa kemanusiaan yang tinggi, menghilangkan sifat kikir, rakus dan materialistis, menumbuhkan ketenangan hidup, sekaligus membersihkan dan mengembangkan harta yang dimiliki. Hal ini sejalan dengan firman Allah SWT dalam surah at-Taubah: 103 dan surah ar-Ruum: 39. Dengan bersyukur, harta dan nikmat yang dimiliki akan semakin bertambah dan berkembang.
Firman Allah dalam surah Ibrahim: 7, Artinya: “Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”


Kedua, karena zakat merupakan hak mustahik, maka zakat berfungsi untuk menolong, membantu dan membina mereka terutama fakir miskin, ke arah kehidupan yang lebih baik dan lebih sejahtera, sehingga mereka dapat memenuhi kebutuhan hidupnya dengan layak, dapat beribadah kepada Allah SWT, terhindar dari bahaya kekufuran, sekaligus menghilangkan sifat iri, dengki dan hasad yang mungkin timbul dari kalangan mereka, ketika mereka melihat orang kaya yang memiliki harta cukup banyak. Zakat sesungguhnya bukanlah sekedar memenuhi kebutuhan para mustahik, terutama fakir miskin, yang bersifat konsumtif dalam waktu sesaat, akan tetapi memberikan kecukupan dan kesejahteraan kepada mereka, dengan cara menghilangkan ataupun memperkecil penyebab kehidupan mereka menjadi miskin dan menderita. (Lihat berbagai pendapat ulama dalam Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Zakat, op. cit, hlm. 564) Kebakhilan dan ketidakmauan berzakat, disamping akan menimbulkan sifat hasad dan dengki dari orang-orang yang miskin dan menderita, juga akan mengundang azab Allah SWT.

Firman Allah dalam surah An-Nisaa’:37, Artinya: “(Yaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyempurnakan karunia-Nya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir [1] siksa yang menghinakan. “ [1]Maksudnya kafir terhadap nikmat Allah, ialah karena kikir, menyuruh orang lain berbuat kikir. Menyembunyikan karunia Allah berarti tidak mensyukuri nikmat Allah.

Ketiga, sebagai pilar amal bersama (jama’i) antara orang-orang kaya yang berkecukupan hidupnya dan para mujahid yang seluruh waktunya digunakan untuk berjihad di jalan Allah, yang karena kesibukannya tersebut, ia tidak memiliki waktu dan kesempatan untuk berusaha dan berikhtiar bagi kepentingan nafkah diri dan keluarganya.


Allah berfirman dalam al_Baqarah: 273, Artinya: “(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Kesimpulan;

Jika matlamat kita “simpan” Emas untuk mendapat keuntungan fiat semata-mata , anda akan mengalami tekanan perasaan bila harga naik usd1900 atau turun usd1000.

Maka, ayuh kita ubah matlamat/niat menyimpan Emas dan Perak iaitu dengan simpanan emas perak kita MAMPU mengeluarkan zakat.

Dengan impian yang murni ini insyaAllah segala usaha anda utk menyimpan emas di permudahkan.




Azrul Syahrizan Ab Rahman
Crown Dealer JHR 0001

1 comment: