Nuffnang Ads

Jul 10, 2013

BNM tidak mengeluarkan lesen ?

Bismillah,


Baru terima emel daripada pihak BNM selepas 3 hari. Jawapan mereka adalah seperti berikut. Semoga rakan-rakan yang membaca juga ambil perhatian. Jika boleh kongsikan pesanan ini.

---------------------------------------------------



Encik Mohd Danial,

Kami merujuk emel tuan bertarikh 6 Julai 2013.

Untuk makluman tuan, Bank Negara Malaysia (Bank) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana syarikat untuk menjalankan aktiviti pengambilan deposit daripada orang awam untuk tujuan pelaburan. Bank hanya memberi kebenaran kepada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam, bank-bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional) untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Sebagai panduan, sekiranya syarikat tersebut melibatkan skim pelaburan yang jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 136-138 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Kami mengesyorkan agar orang ramai melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.


Untuk kemudahan tuan mengenalpasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan pihak Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh pihak Bank di laman sesawang kami seperti di pautan berikut: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57.

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman sesawang kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh pihak Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.




Sekiranya syarikat terbabit melibatkan perniagaan jualan langsung atau Multi Level Marketing (MLM), tuan adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mengawal selia syarikat jualan langsung, untuk sebarang pertanyaan atau aduan.

Sekiranya tuan mengesyaki terdapat elemen-elemen penipuan dalam urusan dengan syarikat berkenaan, tuan adalah dicadangkan untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman dan borang kaji selidik.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my/ & http://www.insuranceinfo.com.my/

Terima kasih.

BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

sumber

No comments:

Post a Comment