Nuffnang Ads

Jun 12, 2013

Perancangan Kewangan?

Salam jutawan sekalian....

Artikel kali ini, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk menabung. 10% daripada pendapatan bulanan kita perlu diasingkan untuk tabung kita. Dengan syarat, duit tabung ini tidak boleh


dibelanjakan dan hanya digunakan untuk pelaburan. Untuk lebih jelas lagi, saya akan perincikan lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan bulanan anda. Pendapatan kita boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:


Keperluan : 55%


-pinjaman kereta, pinjaman rumah, bil utiliti, perbelanjaan seharian, makanan, minuman, pengagkutan dan sebagainya.

Pelajaran : 10%


-duit yang diperuntukkan untuk menambah ilmu, tak kira sama ada ilmu dunia ataupun akhirat.

Hiburan : 10%



-duit untuk memanjakan diri, pergi melancong, tengok wayang, jalan-jalan cari makan dan sebagainya.

Simpanan Jangka Panjang: 10%
 

TABUNG KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT)

-bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting, anda cuma peruntukkan 10% daripada gaji anda untuk simpanan jangka panjang.

prinsip menyimpan ini sangat mudah kerana “Money Atrract Money”, “More Money Attract More Money’. Disiplinkan diri anda untuk sentiasa

sayangkan diri anda dengan menabung. Salah satu sebabnya adalah, tabung ini akan digunakan untuk create passive income. Melalui pasive

income, duit akan berkerja untuk anda. Sama ada anda sedar atau tidak, duit anda akan sentiasa bertambah. Melalui pengalaman saya, terdapat


beberapa cara untuk membina passive income. Antaranya ialah:
  1. PELABURAN EMAS -perkara yang sedang saya lakukan sekarang.
  2. Terlibat dengan Perniagaan Franchise seperti Mcdonald, KFC, Burger King dan banyak lagi.
  3. Vending Machine: mesin basuh, mesin air minuman dan sebagainya.
  4. Internet Marketing – Autoresponder.
  5. Bond Management SystemProperty Investment: International Property / Property Management
  6. Forex : Foreign Exchange
  7. Unit Trust
  8. ASB : RM200k max.

Kenapa perlu melabur emas?


Soalan yang seringkali ditanya. Tidak ramai yang sedar tentang hakikat ini. Sedangkan emas adalah matawang

sebenar yang digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Kita lihat sejarah silam untuk dijadikan tauladan.


Syiling Emas Terawal Di Mekah


Mengikut sejarah Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah cuba menempa mata wang yang baru bagi kegunaan negara Islam, malah sebaliknya baginda memperakukan penggunaan mata wang yang sedia ada tanpa sebarang perubahan. Keadaan sedemikian berterusan sehingga ke zaman Khalifah Abu Bakar dan sebahagian daripada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah Umar juga memperkenalkan piawaian menurut berat yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab r.a.


Piawaian tersebut menentukan 10 dirham bersamaan dengan 7 dinar. 

Setiap dinar mestilah mempunyai 4.25 gram emas dan setiap dirham pula mengandungi
3 gram perak.

Sumber: SEJARAH DINAR EMAS DAN KRONOLOGI PERTUKARAN MATA WANG DUNIA
Oleh:
Salmy Edawati binti Yaacob



http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/2934/07%20Bil%204%20salmy.pdf

Anda semua dinasihatkan untuk baca artikel ini untuk lebih kefahaman dalam sejarah dinar emas dan matawang dunia.

Akhir kata dari saya, simpanlah emas dan perak, anda tidak akan menyesal.



Sumber

2 comments:

  1. Eh gsr ada nk buka kedai ke...bukit rimau kt mn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi nanti saya inform semula..ada 3 biji kedai akan dibuka..barang xsama macam kat gsr on9...lain...papehal saya akan update semula

      Delete