Nuffnang Ads

Jun 28, 2013

Amaran Bank Negara Berkaitan Jual beli emas dan perak fizikal?

ANDA PERLU TAHU!!!

Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.


Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989.



Kami telah menjalankan beberapa penyiasatan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam menjalankan pengambilan deposit wang tanpa lesen yang berlandaskan produk urus niaga emas seperti seperti Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Sdn Bhd dan Gold Label Sdn Bhd yang berkemungkinan menyalahi Seksyen 25(1), ABIK.


Untuk pengetahuan tuan, kami juga sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan tidak teragak-agak untuk menjalankan penyiasatan sekiranya sesebuah syarikat itu disyaki terlibat dalam pengambilan deposit tanpa lesen dengan berselindung di sebalik urus niaga emas untuk mengaburi aktiviti syarikat tersebut.

Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko tersirat dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.


Setiap pelabur diingatkan supaya memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:

(i) Laporan Tahunan Berodit

(ii) Memorandum dan Artikel Pertubuhan

(iii) Borang 49 – Senarai pengarah syarikat





Sebagai pelabur emas, tuan adalah juga dinasihatkan untuk memastikan isu-isu penting seperti:

(i) Sumber emas itu tersebut

(ii) Badan yang mengeluarkan sijil ketulenan emas tersebut

(iii) Memastikan keaslian sijil tersebut dengan menghubungi pihak yang mengeluarkan sijil tersebut

(iv) Mengesahkan ketulenan emas daripada kedai emas

(v) Mempersoalkan harga emas dijual pada harga premium

(vi) Sebarang pulangan yang dijanjikan kepada pelabur

(vii) Kaedah syarikat mendapatkan keuntungan daripada urus niaga emas tersebut


Pelabur mungkin mahu menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya pelabur meragui akan ketulenan atau kualiti emas yang dibeli.Ketahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my

Terima kasih.



Kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan. Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layarihttp://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Suriyati HussinBNMTELELINKBank Negara MalaysiaNo Tel : 1-300-88-5465No Faks : 03-21741515Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Amaran Bank Negara Malaysia mengenai pelaburan emas!

No comments:

Post a Comment