Nuffnang Ads

Mar 28, 2013

TIPS KEWANGAN?

Assalamualaikum para rakan dan taulan...


Hari ini nak share mengenai tip kewangan untuk golongan muda yang diperolehi daripada majalah Ringgit keluaran Oktober 2011:


Menyimpan 1/3 daripada pendapatan anda

Memang sukar tetapi tidak mustahil terutamanya bagi yang baru sahaja bekerja dan tidak banyak tanggungan. Perlu nekad dan letakkan objektif ini dalam hati kita. Simpanan sangat penting especially untuk berhadapan dengan tempoh-tempoh sukar di dalam kehidupan tidak kiralah apa jua.


Laburkan wang untuk tingkatkan kerjaya 

Pendidikan sangat penting dan ianya adalah proses berterusan dalam kehidupan kita. Di samping, pendidikan di peringkat ijazah sarjana, kursus-kursus kemahiran juga sangat penting bagi meningkatkan potensi dan keyakinan diri.





Melangsaikan pinjaman pelajaran lebih awal 


Sekarang ini kebanyakan daripada kita mengambil pinjaman bagi melanjutkan pelajaran. Caj kadar faedah / kos pentadbiran dikenakan pada jumlah loan yang diambil. Lagi cepat kita selesaikan maka kuranglah kos ini. Cubalah sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan pinjaman.




Kalau ada wang lebih melaburlah 


Memang kalau kita tak mulakan, maka susahlah so apa lagi mulalah dengan jumlah yang sedikit dahulu. Tak perlu tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Kalau susah, maybe boleh mulakan dengan 2% daripada gaji dan naikkan kepada 4% dan maybe akhirnya 10% atau apa-apa amaun yang lebih tinggi. Jadilah pengedar GSR supaya anda dapat melabur dalam emas dan perak (fizikal) dengan harga yang murah dan secara online


Selamat mencuba!

Sumber: http://www.jutawangold.com/tip-kewangan-untuk-golongan-muda/

No comments:

Post a Comment