Nuffnang Ads

Apr 23, 2013

Apakah itu Assayer?

Salam jutawan emas perak sekalian,


Maaf saya lambat update blog,busy menyiapkan projek master...hehehhe..

Ok kembali kepada tajuk utama kita..Assayer ni macam Ir (dlm engineering) dimana dia lah yang meluluskan bahawa barang itu sah dipasarkan mengikut kualiti yang ditetapkan....



Tapi dalam menilai ketulinan emas tu di Malaysia ini,  dialah yang fames dibuat rujukan assayer...

Mari baca info ini dari sifu saya Tuan Aura Aurum , sifu yang terbaik di GSR...

Sekilas Pandang Assayer






Kita sering melihat tandatangan beliau di setiap Sijil Pengesahan ( Certificate of Authenticity ) produk GSR seperti:


i - Jongkong Emas 5gram dan 10 gram


ii - Jongkong Perak 100g, 250g, 500g dan 1000g




iii - Silver Coin dan Silver Bar 1 oz
iv - Dinar Emas Syifa





Apa itu ASSAYER?
Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Di Malaysia hanya terdapat beberapa orang sahaja assayer yang bebas.

Siapakah....



Abdul Shukor Anuar ?


Beliau telah berkecimpung dalam bidang assay ini sejak 1994 kira -kira 19 tahun yang lalu. Beliau merupakan seorang Independent Assayer dan Managing Director bagi Kuala Lumpur ASSEY Office Sdn. Bhd. dengan no pendaftaran 598425D.
Beliau adalah badan bebas yang sering menjadi rujukan syarikat emas di Malaysia dan GSR bertuah kerana beliau bersetuju menjadi panel penguji produk GSR.



Kenapa perlu Assayer?
Produk emas dan perak seperti yang dinyatakan diatas keluaran GSR Sdn Bhd mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan (Assayer). Assayer ini berperanan untuk menguji setiap produk emas dan perak yang dihasilkan oleh syarikat GSR Sdn Bhd agar menepati piawai yang telah ditetapkan. Setiap produk akan melalui saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan untuk dijual kepada orang ramai.


Oleh itu, tidak timbul sebarang keraguan bahawa produk dari syarikat GSR tidak tulen atau tidak menepati piawaian terutamanya dari segi mutu,ketulenan emas/perak dan juga berat emas/perak tersebut. Ini kerana, assayer yang dilantik untuk kerja-kerja tersebut berdaftar dengan badan-badan professional yang bertauliah di Malaysia ini.|




Semoga sedikit informasi ini memberi manfaat kepada semua Usahawan Emas GSR.

Azrul Syahrizan Ab Rahman
Pengurus Usahawan dan Latihan
GSR Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment