Nuffnang Ads

Mar 28, 2013

TIPS KEWANGAN?

Assalamualaikum para rakan dan taulan...


Hari ini nak share mengenai tip kewangan untuk golongan muda yang diperolehi daripada majalah Ringgit keluaran Oktober 2011:


Menyimpan 1/3 daripada pendapatan anda

Memang sukar tetapi tidak mustahil terutamanya bagi yang baru sahaja bekerja dan tidak banyak tanggungan. Perlu nekad dan letakkan objektif ini dalam hati kita. Simpanan sangat penting especially untuk berhadapan dengan tempoh-tempoh sukar di dalam kehidupan tidak kiralah apa jua.


Laburkan wang untuk tingkatkan kerjaya 

Pendidikan sangat penting dan ianya adalah proses berterusan dalam kehidupan kita. Di samping, pendidikan di peringkat ijazah sarjana, kursus-kursus kemahiran juga sangat penting bagi meningkatkan potensi dan keyakinan diri.



Mar 26, 2013

Kesilapan yang perlu dielakkan?

Salam rakan jutawanku sekalian...

Info yang kita perlu tahu 2012 dan 2013 adalah harga emas yang tidak setabil,emas malu2 nak naik dan turun. Saya pon xboleh menjanjikan kepada anda bahawa harga emas akan naik atau turun bulan 4 nanti. Pada nasihat saya,sementara harga tengah murah la ni...laburkan duit anda untuk membeli =)


Berikut saya listkan kesilapan yang telah dilakukan oleh ramai pelabur-pelabur emas newbie..


Beli emas dan perak ditempat yang salah ; he..he..he.. salah macam mana tu?... ok, sebenarnya banyak pasaran alternatif untuk kita membeli logam berharga pada harga jauh lebih murah daripada kedai. Selalunya bila sebut jer emas, dalam kepala kita nampak kedai emas... kita kene ubah persepsi ni, kat luar tu banyak lagi peniaga - peniaga emas yg boleh menjual murah dari kedai emas...siap tak der upah lagi... spread pun rendah dan beserta jaminan buyback... (Promosi sikit... contoh paling mudah macam GSR... gedung emas dan perak online terbesar..he..he..he..) tapi harus diingat, belilah dengan kompeni yang boleh dipercayai dan dengan reputasi terbaik...


Mengharapkan Pulangan Bulanan daripada Emas dan Perak ; berbeza dengan unit amanah, simpanan tetap atau saham yang mana memberikan pulangan setiap bulan atau tahun, kita simpan jer cukup tahun akan ada dividen tetapi emas dan perak ni TIDAK akan memberikan apa - apa pulangan kecuali bila kita jual emas dan perak kita (capital gain)... berhati - hatilah kalu ada yg menjanjikan pulangan setiap bulan dengan pelaburan emas dan perak ni...



Mar 25, 2013

TIPS MENJAGA EMAS ???

Salam rakan jutawan ku sekalian,

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips buat anda semua 

 
TIPS MENJAGA BARANGAN PERHIASAN EMAS ???


1. Jika sering dipakai, ia tentu menarik kehadiran debu dan habuk. Pastikan perhiasan emas dicuci setiap tiga bulan supaya lebih berkilat. Gunakan pencuci khusus (ada di kebanyakan kedai emas) atau air sabun suam dan berus gigi lembut untuk menanggalkan minyak serta bahan lain.




2. Simpan dalam bekas berasingan atau bekas lembut untuk mengelakkannya bergesel antara satu sama lain yang boleh mengakibatkan calar.



 


Mar 24, 2013

Emas dijangka cecah RM503/g 2020?

Salam jutawan-jutawan diluar sana,

Satu lagi petikan akhbar yang sempat saya selitkan untuk semua pembaca-pembaca setia AlifGold: 

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020


Artikel Penuh

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Mar 23, 2013

Ukuran lama berat emas?

Salam para jutawan sekalian,



Hari ini kita pelajari sedikit info dari cerita dibawah

Pembeli : “Berapa berat cincin ni kak? ”
Penjual : “ade ar dalam dua amas”


Terkedu seorang pembeli bila mendengar cincin emas belah rotan itu beratnya dua amas. Unit apakah yang digunakan tadi? tidak pernah kedengaran selama ini.

Ini lah emas, ada timbangan yang unik untuk dinilai, tetapi timbangan ini digunakan pada zaman dahulu, dan sesetengah orang-orang lama masih menggunakan kaedah ini. Peniaga di pasar juga menggunakan kaedah ini.


Soalan yang biasa ditanya :
“Ni berapa mayam?”
“Ni berapa tahil?”
“Emas ni berapa kupang?”
“Ni emas Paun ker emas kertas?”
“Emas kelantan ker?”

Mari Belajar Unit Timbangan Lama