Nuffnang Ads

Mar 26, 2013

Kesilapan yang perlu dielakkan?

Salam rakan jutawanku sekalian...

Info yang kita perlu tahu 2012 dan 2013 adalah harga emas yang tidak setabil,emas malu2 nak naik dan turun. Saya pon xboleh menjanjikan kepada anda bahawa harga emas akan naik atau turun bulan 4 nanti. Pada nasihat saya,sementara harga tengah murah la ni...laburkan duit anda untuk membeli =)


Berikut saya listkan kesilapan yang telah dilakukan oleh ramai pelabur-pelabur emas newbie..


Beli emas dan perak ditempat yang salah ; he..he..he.. salah macam mana tu?... ok, sebenarnya banyak pasaran alternatif untuk kita membeli logam berharga pada harga jauh lebih murah daripada kedai. Selalunya bila sebut jer emas, dalam kepala kita nampak kedai emas... kita kene ubah persepsi ni, kat luar tu banyak lagi peniaga - peniaga emas yg boleh menjual murah dari kedai emas...siap tak der upah lagi... spread pun rendah dan beserta jaminan buyback... (Promosi sikit... contoh paling mudah macam GSR... gedung emas dan perak online terbesar..he..he..he..) tapi harus diingat, belilah dengan kompeni yang boleh dipercayai dan dengan reputasi terbaik...


Mengharapkan Pulangan Bulanan daripada Emas dan Perak ; berbeza dengan unit amanah, simpanan tetap atau saham yang mana memberikan pulangan setiap bulan atau tahun, kita simpan jer cukup tahun akan ada dividen tetapi emas dan perak ni TIDAK akan memberikan apa - apa pulangan kecuali bila kita jual emas dan perak kita (capital gain)... berhati - hatilah kalu ada yg menjanjikan pulangan setiap bulan dengan pelaburan emas dan perak ni...





Beli Emas dan Perak dengan wang yang nak guna dalam masa terdekat ; kita harus ingat yang emas dan perak ni merupakan pelaburan untuk jangka panjang atau sederhana... sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas... lagi lama lagi baik... sekiranya, kita menjangkakan nak guna duit dalam tempoh terdekat, lebih baik kita simpan di bank dulu dan sampai masanya kita gunakan duit tersebut...untuk jangka pendek bila kita tukarkan dengan emas atau perak, kerana adanya "spread" menyebabkan kita rugi bila nak jual balik... lainlah kalu kita ni peniaga emas...


Kita menganggapkan Emas dan Perak ada susut nilai ; emas dan perak merupakan logam berharga yang boleh berdiri sendiri tanpa bergantung kepada benda lain... contohnya saham... naik turun adalah berdasarkan prestasi sesuatu syarikat... nilai mata wang bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara... emas dan perak tetap berharga walaupun perang... ekonomi jatuh ker... tetapi apabila Emas dan perak diikatkan dengan FIAT, oleh kerana sifat FIAT ni turun naik, maka emas dan perak ni dilihat ada susut nilat... hakikat sebenarnya, yang jatuh adalah nilai mata wang itu sendiri... tentunya anda akan bertanya lagi, kalu jual balik kenapa kedai ambil murah?... kita kene faham, bila kita jual, emas kita dah dianggap sebagai "USED GOLD"... jadi, mereka terpaksa leburkan dan buat produk baru, disini ada kos pengeluaran yang terlibat, jadi mereka meletakkan kos ini pada pelanggan... term yang paling mudah adalah susut nilai...


Jual emas dan perak kita pada tempat salah ; kita selalu beli barang kemas dikedai dan bila nak dapatkan design terkini, kita jual yang lama dan ambil yg baru... fakta yang perlu kita tahu... masa beli dulu .. perkiraan kedai emas adalah... (Berat emas X harga semasa) + UPAH ... bila kita jual... perkiraan dah jadi ... Berat emas X (harga semasa - "susut nilai" - upah) ... he..he..he.. sebenarnya banyak tempat yang kita boleh jualkan emas kita tu... joint jer group - group kat internet tu... kat FB... insa'allah mereka akan beli dengan harga yg lebih tinggi dari kedai emas...



Beli produk yang salah ; terdapat 3 jenis produk emas di pasaran... Barang kemas, jongkong emas dan Syiling emas... kesilapan yang biasa kita buat adalah membeli barang kemas dengan niat untuk pelaburan... Barang kemas tidak sesuai dijadikan pelaburan kerana spreadnya yang tinggi... ia mengambil masa yang lama untuk untung... jadi barang kemas merupakan perhiasan dan simpanan jangka panjang bermatlamat yg terbaik... jongkong emas dan syiling emas adalah item terbaik untuk pelaburan kerana spread nyer yang rendah dan permintaan pasaran yang tinggi... dalam masa yg singkat insa'allah dah boleh dapat untung....


Kita lupa pada PERAK ; kita tak ambil berat pada satu lagi logam berharga ni... sentiasa lupa atau buat - buat tak nampak... he..he..he.. tapi hakikatnya, kenaikkan perak lebih tinggi daripada kenaikkan emas, malah harganya masih lagi murah dan mampu milik... bayangkan suatu hari nnt harga emas dah jadi terlalu mahal, mungkin orang akan beralih kepada perak... pelabur yang bijak akan buat pairing emas dengan perak ni ( saya dah bincangkan dalam post saya yg lepas)


Kita percaya yang Ar- Rahnu sebagai perniagaan ; ho..ho..ho.. sangat - sangat bahaya... skim pelaburan 30:70 ni yg paling banyak menggunakan Ar- Rahnu kononnya anda boleh memiliki emas walau tiada duit... he..he..he.. maklumat yg dio org bagi tak cukup... sedar - sedar Ar- Rahnu lelong semua emas kita... cuba elakkan mengadai emas kita sekiranya tiada tujuan kukuh...salah guna... kelaut semua emas kita... Jangan ikut macam otai - otai... depa meniaga emas... ada matlamat dan ada ilmu...cari guru dan belajar...


Sentiasa menunggu dan menunggu ; ayat - ayat yang biasa kita dengar... "alah emas dah mahallah... tunggu dululah harga dia jatuh... baru beli" ... "alamak emas naik harga lagilah... tak per kita tunggu dio turun, baru kita beli" ... 10 tahun dulu harga emas baru RM34/g ... pun mahal... sekarang ni harga dah jadi RM190/g ... pun mahal lagi... agak - agak bila kita nak mula?... kita tahu emas menyimpan nilai... kita tahu harga emas makin meningkat... tp kita tak mulakan... 1g sebulan pun dah ok... setahun dah ada 12g... sikit - sikit lama - lam jadi bukit...



penuhkan ilmu didada... fikir... rancang dan laksanakan... insa'allah niat yang baik tentunya akan dipermudahkan oleh Allah...

sumber: silvergold4u

No comments:

Post a Comment