Nuffnang Ads

Apr 1, 2013

KERUGIAN SIMPAN WANG KERTAS?

Salam APRIL rakan-rakan jutawanku....


Hari ini saya kongsikan kepada anda kelemahan wang kertas dan sebab ia nya rugi jika kita menyimpan wang kertas...


15 KELEMAHAN WANG KERTAS YANG ANDA TERLEPAS PANDANG!!


15 keburukan atau kelemahan apabila menyimpan wang kertas sebagai simpanan berbanding dengan emas dalam konteks “simpanan yang bersifat jangka masa panjang”

Wang kertas vs Emas

 
1.Wang kertas dicipta oleh pihak berkepentingan sehingga digelar sebagai wang fiat manakala Emas adalah wang yang sebenar

2. Wang kertas semakin tidak berharga kerana mengalami susut nilai akibat inflasi manakala emas emakin berharga dan mahal harganya.



3.Wang kertas perlu ditambah dari semasa ke semasa untuk dapatkan barang yang sama manakala Emas kalis inflasi.




4.Wang kertas hanyalah sekeping kertas yg diperakui nilainya manakala Emas mempunyai nilai intrinsic

5.Wang kertas berbeza nilainya ikut negara dan peredaran zaman manakala Emas diiktiraf sepanjang zaman dan diterima di mana-mana .


6.Wang kertas hanya berfungsi sebagai matawang manakala Emas mempunyai pelbagai fungsi

7.Wang kertas hanyalah wang fiat yang dicetak sesuka hati dan atas angin manakala Emas sebagai wang mempunyai nilainya yang tersendiri.



8.Wang kertas yang dijadikan simpanan merugikan manakala Emas simpanan yang terbaik dan menguntungkan untuk jangka masa panjang.

9.Wang kertas hanya sesuai sebagai medium of exchange (medium pertukaran) manakala Emas boleh dijadikan pelaburan,simpanan dan perniagaan.


10.Wang kertas boleh dicetak sesuka hati manakala Emas tidak boleh dicipta

11.Wang kertas boleh dimanipulasi manakala Emas tidak boleh dimanipulasi

12.Wang kertas dan wang palsu tiada beza (kos cetakan sama),manakala ada beza antara emas sebenar dan emas tiruan

13.Wang kertas tiada disebut walau sekalipun di dalam al Quran manakala Emas banyak disebut di dalam al Quran

14.Wang kertas ibarat kapal yang bocor manakala Emas umpama magnet menarik kekayaan penyimpannya



15.Wang kertas diniagakan oleh pihak bank dan mereka meraih keuntungan yang besar manakala dengan emas,sesiapa pun boleh meniaga dan meraih keuntungan.

Sumber: http://www.jutawangold.com/15-sebab-anda-rugi-bila-simpan-wang/

No comments:

Post a Comment