Nuffnang Ads

Apr 23, 2013

Apakah itu Assayer?

Salam jutawan emas perak sekalian,


Maaf saya lambat update blog,busy menyiapkan projek master...hehehhe..

Ok kembali kepada tajuk utama kita..Assayer ni macam Ir (dlm engineering) dimana dia lah yang meluluskan bahawa barang itu sah dipasarkan mengikut kualiti yang ditetapkan....



Tapi dalam menilai ketulinan emas tu di Malaysia ini,  dialah yang fames dibuat rujukan assayer...

Mari baca info ini dari sifu saya Tuan Aura Aurum , sifu yang terbaik di GSR...

Sekilas Pandang Assayer






Kita sering melihat tandatangan beliau di setiap Sijil Pengesahan ( Certificate of Authenticity ) produk GSR seperti:


i - Jongkong Emas 5gram dan 10 gram


ii - Jongkong Perak 100g, 250g, 500g dan 1000g




iii - Silver Coin dan Silver Bar 1 oz
iv - Dinar Emas Syifa





Apa itu ASSAYER?
Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga. Di Malaysia hanya terdapat beberapa orang sahaja assayer yang bebas.

Siapakah....

Apr 16, 2013

Perkara Haram Dalam Perniagaan ?

Salam semua rakan jutawanku sekalian,

Hari ini kita tengok perniagaan cara islam..


Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.



Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.

Perkara yang diharamkan dalam perniagaan 


Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:

1. Riba. 


Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.

Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 289).

Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.


Apr 15, 2013

Harga Emas Dunia Tergolek!!!!

Salam kawan jutawan ku,

Mari sini saya kongsikan kepada anda harga emas dunia pada hari ini...live nyer...


Dari graff di atas ni anda boleh saksikan dimana harga emas hari ini lebih kurang sama dengan tahun 2010 berada di para USD1409/ounce... Apa tunggu lagi belilah walau 10 gram untuk mengelakkan anda merasa kerugian... =)

Sempena harga tergolek ni, saya nk buat offer untuk produk di bawah kepada semua pelawat2 blog saya...


Jenis =  Rantai tangan
Emas = 999 / 24 karat
Berat = 10.5g
Harga web = RM170.8/g (offer saya RM155/g harga dealer GSR)


Apr 11, 2013

BENGKEL PERNIAGAAN EMAS PERAK?

Salam semua,

link
Memandangkan teramat busy dengan bengkel diatas yang akan saya urusetiakan nanti,disini saya ingin promo kepada semua yang berminat ke bengkel perniagaan Emas dan Perak ini...

Sebab kenapa anda perlu hadir:


1.Tidak cukup kita hanya berguru dengan intenet,buku...kita perlukan mentor dan juga tok guru dalam bidang yang hendak kita pelajari



 2.Kami menyediakan anda speaker yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi yang mana akan memberi anda tunjuk ajar dan selok belok hal berkaitan emas dan perak (supaya tidak salah langkah dalam pelaburan fizikal)



Apr 3, 2013

FAKTA TAMBAHAN?

Salam semua rakan jutawan....

Fakta yang harus anda tahu : 
 #1 Kuasa membeli dengan emas semakin meningkat,contoh :

 

Tahun 1990-an ,harga emas 1 gram sekitar RM30

Tahun 2013,harga emas 1 gram RM190

Dulu boleh beli barang guna 1gram emas dengan harga RM30,sekarang dengan 1 gram yang sama harganya meningkat lebih dari 500%


#2 Kuasa membeli wang kertas semakin menurun,contoh :

Pada tahun 2009:


-En Abu menyimpan wang kertas sebanyak RM400+

-En Ali membeli dan menyimpan dinar yang dibeli dengan harga RM400+

Pada tahun 2013 :

Wang kertas yang disimpan oleh En Abu semakin susut nilai akibat inflasi (Setahun lebih kurang 15%)


Inflasi 4 tahun = lebih kurang 60%

Emas yang disimpan En Ali semakin meningkat harganya dari RM400 sekarang dah berharga RM750+

Peningkatan sebanyak 88% !!!

Apr 2, 2013

Barang Kemas GSR?

Salam semua jutawan sekalian,



Sini saya nak kongsikan kepada anda barang kemas GSR dengan gambar yang lebih jelas =)


Berikut adalah cincin reflesia dan juga RT(rantai tangan Flora)



Sangat cantik bila dekenakan cincin dan rantai tangan ini...


Apr 1, 2013

KERUGIAN SIMPAN WANG KERTAS?

Salam APRIL rakan-rakan jutawanku....


Hari ini saya kongsikan kepada anda kelemahan wang kertas dan sebab ia nya rugi jika kita menyimpan wang kertas...


15 KELEMAHAN WANG KERTAS YANG ANDA TERLEPAS PANDANG!!


15 keburukan atau kelemahan apabila menyimpan wang kertas sebagai simpanan berbanding dengan emas dalam konteks “simpanan yang bersifat jangka masa panjang”

Wang kertas vs Emas

 
1.Wang kertas dicipta oleh pihak berkepentingan sehingga digelar sebagai wang fiat manakala Emas adalah wang yang sebenar

2. Wang kertas semakin tidak berharga kerana mengalami susut nilai akibat inflasi manakala emas emakin berharga dan mahal harganya.



3.Wang kertas perlu ditambah dari semasa ke semasa untuk dapatkan barang yang sama manakala Emas kalis inflasi.