Nuffnang Ads

Dec 7, 2012

Jual beli Internet?

Salam,

ada yg bertanya tentang jual beli di Internet. maka sy berkongsi pendapat peribadi sy kita berkenaan rukun jualbeli. Mohon perkongsian ilmiah bersama rakan pengedar lain.
Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-

1. Penjual 2. Pembeli 3. Harga yang dibeli 4. Barang yang dijual 5. Sighah (lafaz penjual) 6. Qabul (lafaz pembeli)

i) Penjual -
Pihak penjual sesuatu produk secara online ialah syarikat GSR yang menjual barang di internet cthnya : Barang Kemas, Jongkong Emas dan Perak dan Syiling Perak

ii) Pembeli -
Pihak yang membeli sesuatu produk seperti pembeli Barang Kemas, Jongkong Emas dan Perak dan Syiling Perak



iii) Harga yang di beli -
Pada setiap gambar produk di laman web/blog atau newsletter ada disebut tentang harga2 sesuatu barang yg di jual dengan jelas dan terperinci.

iv) Barang yang dijual -
Jelas menunjukkan website gsr2u.com.my/alifgold ada menyatakan akan setiap produk yang dijual itu dengan lengkap berserta butir-butiran lanjut.

v) Lafaz Penjual -
Jika secara offline kita diwajibkan menyebut 'saya jual... saya bersetuju.... etc' (apabila penyerahan wang telah berlaku dan barang telah diserahkan).



Bagi pendapat saya, kita selalunya sebagai pengedar GSR di internet.. kita ada menyediakan ruangan 'pembelian produk' atau 'penyertaan ahli' atau yg seumpamanya untuk tujuan proses jualbeli. Di ruangan tsbt biasanya ada kita nyatakan cara-cara bayaran melalui online, syarat-syarat menjadi ahli affiliate cthnya, atau manfaat2 yg akan diperolehi dgn pembelian atau penyertaan tersebut. Cth bayaran pula ada dinyatakan dgn lengkap spt pembayaran melalui online banking, atau pindahan melalui mesin ATM dsbnya.

vi) Lafaz Pembeli -
 Jika kaedah jualbeli cara biasa atau offline diwajibkan membalas ' saya beli..... atau saya terima barang ini dengan wang sekian... etc ' (setelah barang diambil dan penyerahan wang telah berlaku.)

Di dalam kes perniagaan secara online pula, apabila sebagai seorang pembeli kita biasanya telah memahami apa barang yang hendak dibeli dan kita juga telah bersetuju untuk membeli barang atau produk tersebut dengan harga-harga yang telah dipersetujui. Justeru proses seterusnya adalah mengisi borang maklumat pembelian dengan lengkap atau mungkin ada sesetengah produk kita hanya perlu membuat pindahan bayaran dan kita akan mengisi borang pengesahan bayaran. Seterusnya kita akan klik butang 'hantar borang' atau 'send' atau 'daftar sekarang' atau 'upgrade keahlian'

Jom kongsi pendapat.. sumber dari Sifu JB http://www.facebook.com/JutawanGSR

No comments:

Post a Comment