Nuffnang Ads

Jan 8, 2013

Elakkan Skim pelaburan emas?

Salam semua.......

Berikut adalah artikel-artikel yang berkaitan dengan skim pelaburan emas...Terdapat pelbagai skim pelaburan emas yang mana  menjanjikan pulangan setiap bulan dan telah tertewa...

Berikut adalah beberapa artikel yang berkaitan...


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan  senarai 77  syarikat yang menawarkan pelaburan yang tidak sah di Malaysia. Ia adalah syarikat yang tidak mendapat kelulusan dan beroperasi secara tidak sah menawarkan pelaburan di negara ini.


Dan isu yang terbaru adalah pelaburan emas Geneva....


Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007.

Bank Negara serbu
Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang. Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.

Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009."Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka."Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ini adalah senarai syarikat yang tidak  mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia. Malah ada diantara senarai syarikat tersebut sudah didakwa di Mahkamah diatas kesalahan jenayah dan penipuan.

Ada beberapa syarikat yang pernah saya tulis sebelum ini seperti

1. VGMC
2. Megaherbs Bioextreme aka Stevia Bistro
3. Speedline

Jadi, mohon berhati hati dalam melabur. Dalam akhbar semalam, ada artis yang kerugian belasan ribu kerana mempercayaai pelaburan di internet.



sumber: http://infinitygold.blogspot.com/2011/11/elakkan-dari-menyertai-skim-pelaburan.html
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/50_000pelaburterjerat/Article
 http://www.shamsuriyadi.com/scam-alert/77-syarikat-pelaburan-tidak-sah-bnm/

No comments:

Post a Comment