Nuffnang Ads

Jun 20, 2013

Pembukaan Kedai Emas SyifaJewellery?


Pembukaan Kedai Emas #SyifaJewellery

PROMOSI : SEMPENA PEMBUKAAN KEDAI EMAS SYIFA .
Pihak Syifa Jewellery Sdn Bhd menawarkan Khidmat Cuci Emas PERCUMA Kepada 100 Orang Terawal yang hadir ke Kedai Syifa Jewellery. Pelbagai Tawaran Istimewa menanti anda semua . Jemput Hadir Ke Kedai Syifa - www.facebook.com/emassyifa

21 Jun 2013 JUMAAT


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin.


Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW.
Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Jun 12, 2013

Perancangan Kewangan?

Salam jutawan sekalian....

Artikel kali ini, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk menabung. 10% daripada pendapatan bulanan kita perlu diasingkan untuk tabung kita. Dengan syarat, duit tabung ini tidak boleh


dibelanjakan dan hanya digunakan untuk pelaburan. Untuk lebih jelas lagi, saya akan perincikan lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan bulanan anda. Pendapatan kita boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:


Keperluan : 55%


-pinjaman kereta, pinjaman rumah, bil utiliti, perbelanjaan seharian, makanan, minuman, pengagkutan dan sebagainya.

Pelajaran : 10%


-duit yang diperuntukkan untuk menambah ilmu, tak kira sama ada ilmu dunia ataupun akhirat.

Hiburan : 10%



-duit untuk memanjakan diri, pergi melancong, tengok wayang, jalan-jalan cari makan dan sebagainya.

Simpanan Jangka Panjang: 10%
 

TABUNG KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT)

-bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting, anda cuma peruntukkan 10% daripada gaji anda untuk simpanan jangka panjang.

prinsip menyimpan ini sangat mudah kerana “Money Atrract Money”, “More Money Attract More Money’. Disiplinkan diri anda untuk sentiasa

sayangkan diri anda dengan menabung. Salah satu sebabnya adalah, tabung ini akan digunakan untuk create passive income. Melalui pasive

income, duit akan berkerja untuk anda. Sama ada anda sedar atau tidak, duit anda akan sentiasa bertambah. Melalui pengalaman saya, terdapat


beberapa cara untuk membina passive income. Antaranya ialah:
  1. PELABURAN EMAS -perkara yang sedang saya lakukan sekarang.
  2. Terlibat dengan Perniagaan Franchise seperti Mcdonald, KFC, Burger King dan banyak lagi.
  3. Vending Machine: mesin basuh, mesin air minuman dan sebagainya.
  4. Internet Marketing – Autoresponder.
  5. Bond Management SystemProperty Investment: International Property / Property Management
  6. Forex : Foreign Exchange
  7. Unit Trust
  8. ASB : RM200k max.

KAITAN EMAS & WANG KERTAS PANDUAN DI AKHIR ZAMAM ?

Salam semua rakan jutawan.....

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.
Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?
Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi. Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.





Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas. Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.
Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?
Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?
Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.
Wang kertas jika dikaji asal-usuknya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.
Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?
Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.


Matawang emas Jepun



Matawang emas British

Tapi……. mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.
Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa …


Jun 4, 2013

Apakah mutu barang kemas anda?

Salam semua rakan jutawan sekalian.....


BARANG KEMAS | Jika anda hendak buat nota pun boleh memandangkan GSR telah meniti dibibir-bibir masyarakat sebagai sebuah Gedung Emas Online yang berkenaan BARANG KEMAS. maka lebih baik kita persiapkan diri dengan ilmu barang kemas.


 Tak luput dek hujan tak lekang dek panas, itulah pepatah yang begitu sinonim dengan perhiasan emas yang sentiasa menjadi pujaan dan buruan dikalangan peminatnya walaupun masa telah merentasi zaman dan generasi berabad-abad lamanya. Dengan mengenakan perhiasan emas, si pemakainya kelihatan anggun dan menawan. Ia juga melambangkan status kehidupan si pemakainya. Kini tidak lagi ramai yg memakai perhiasan dari emas kemana-mana memandangkan perubahan zaman dan faktor keselamatan, sebaliknya beralih kepada koleksi kemegahan peribadi.


Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.


Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.


Seminar Peluang Perniagaan EMAS & PERAK di SHAH ALAM seksyen 7?

Salam semua rakan jutawanku.....

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PERAK BERSAMA GSR.



Tawaran TERBUKA: Program Pembangunan USAHAWAN EMAS GSR. Kenapa GSR menjadi pilihan Peniaga Emas di Seluruh Malaysia ?


1. GSR menawarkan HARGA BORONG & MAMPU MILIK
2. Perhidmatan Tempahan Online & Penghantaran Terus


3. Kos Modal Yang Kecil Berbanding jika anda ingin membuka kedai emas memerlukan modal ratusan ribu hingga jutaaan.
4. Pelbagai Produk yang anda boleh pilih


5. Penghantaran ADALAH PERCUMA
6. Kursus Profesional dan KEUSAHAWANAN di sediakan bagi memberi latihan kepada anda untuk mahir dalam bidang keusahawan.
7. Sistem Mentor - Mentee memberi bantuan sokongan dan dorongan untuk anda terus berjaya dalam bidang perniagaan.
8. PERCUMA bantuan Pemasaran Online dan Offline



Tahukah anda ? 90% usahawan GAGAL dalam bidang perniagaan kerana kekurangan ILMU