Nuffnang Ads

Jul 24, 2013

HARGA UPAH TUKANG MENINGKAT - Penang Goldsmith Association (PGA) ?

Bismillah,



BERITA TERKINI UNTUK SEMUA PENIAGA DAN PEMBELI EMAS !!!



PERSATUAN TUKANG EMAS PENANG MEMAKLUMKAN HARGA UPAH TUKANG MENINGKAT.

Ini berikutan peningkatan dalam caj buruh sebanyak 15% kepada 30% yang akan dilaksanakan tidak lama lagi


GEORGE TOWN: Bayaran Buruh untuk barang kemas emas di negara ini dijangka meningkat sebanyak 15% kepada 30% pada akhir bulan Jun, bergantung kepada reka bentuk.


Penang Goldsmith Association (PGA) penasihat Joeson Khor (gambar) berkata pelaksanaan baru-baru ini gaji minimum telah menyebabkan caj buruh meningkat.

"Barang kemas Emas mungkin berharga 2% hingga 3% lebih tinggi berikutan kenaikan kos tenaga kerja," katanya.

Caj buruh hadir untuk loket emas 10 gram adalah kira-kira RM200, katanya.



Jul 18, 2013

Tabung kekayaan?

Assalamualaikum para jutawan....


Sedikit perkongsian ringkas buat semua dikala kita dikejutkan dengan penurunan mendadak emas. Dimana seolah2 kita masuk “time machine “ 3 tahun kebelakang!

Saya mengambil peluang yang ada dengan meningkatkan KEPERCAYAAN sy bahawa Tabungan/Simpanan Emas & Perak boleh melindungi nilai kekayaan.


Pada minggu lepas sy berkesempatan menimba ilmu bersama Pakar Silver saudara Ikram Adi dimana beliau merubah konsep tabungan silver saya bukan utk UNTUNG tetapi untuk melayakkan saya disenarai orang KAYA. ( hanya org kaya dan mampu boleh berzakat: tahukah anda tabungan logam Perak membolehkan anda tersenarai lebih pantas! )


Ok saya kongsikan 3 artikel dimana artikel 1 lebih kepada situasi semasa apa yang berlaku sekarang, artikel ke 2 saya suka kerana sgt provokasi sebagai penyimpan Emas Perak tegar. Dan artikel ke 3 daripada saya sendiri dan saya ambil sumber dari internet.

PENAFIAN: Baca boleh tapi jangan taksub ;-)


Artikel 1.

Apa tindakan anda?

Harga semasa spot merudum. Apa yang berlaku dalam dunia sebenar emas dan silver?

Kalau ikut logik harga merudum apabila permintaan jatuh atau bila pengeluaran meningkat.

Tapi apa sebenarnya berlaku?

Apr 16, 2013 (Permintaan)

India


"Permintaan emas meningkat di kalangan pembeli runcit" - Rajesh Mehta, Pengerusi Rajesh Exports Ltd

“Kami terus membeli sebaik sahaja melihat harga emas merudum" - Blossom D’souz, Pengguna

Australia

Perth Mint melaporkan pembeli runcit meningkatkan pembelian, ini termasuk aktiviti pembelian online yang tertinggi sejak tahun-tahun sebelum ini.

Permintaan terhadap syiling emas meningkatkan 48% pada suku pertma tahun ini

Jepun



Reuters melaporkan ada pembeli emas yang pertama kali membeli sejak 20 tahun. Jumlah pembeli mengatasi penjual. Ada yang menunggu hingga tiga jam untuk urusan jual beli.

Seorang penjual emas di Ginza SGC mengatakan pelanggan membawa pulang 6kg emas menjelang perniagaan di tutup hari Selasa petang.

Amerika Syarikat


Premium meningkat bagi silver sehingga 20%. Tempoh penghantaran meningkat hingga 5 ke 6 minggu.

Lombong logam berharga (Penawaran)



Pada hari Rabu dua minggu lepas dinding lombong Bingham Canyon runtuh. Lombong ini menghasilkan 400,000 oz emas dan hampir 3 juta oz silver setahun. Kejadian ini menyebabkan lombong berkenaan tidak dapat beroperasi pada keupayaan penuh hingga beberapa tahun lagi.

Pada hari yang sama di Chile, Mahkamah Agung Chile menggantung operasi lombong emas Pascua Lama kepunyaan Barrick Gold atas alasan kebimbangan terhadap kesan sosial serta alam sekitar. Lombong ini dipercayai berkeupayaan mengeluarkan 18 juta oz emas gold dan 700 juta oz silver.

Sumber: Dekad Silver


Apa itu KOS UPAH yang ada di Kedai-Kedai Emas ?

Salam semua rkan jutawan sekalian......

 
Apa itu KOS UPAH ?
KOS UPAH untuk apa ?

Diluar sana ada pelbagai definisi mengenainya dan apatah lagi dengan harga emas yang rendah ditambah pula berita kenaikkan KOS UPAH sebanyak 15% sehingga 30%

Tahukah anda yang UPAH anda bayar adalah untuk servis yang telah diletakkan untuk kerja-kerja pertukangan membuat emas (workmanship) dan adakalanya dicaj juga seperti penyewaan kedai, komisen pekerja, pengiklanan dsbgnya.
Usah pening dan risau dengan UPAH kerana secara tak langsung anda membantu juga kepada kelangsungan kedai-kedai emas yang ada dan dengan itu kedai-kedai emas yang ada akan mempunyai pekerja yang berkerja.. Cuma anda perlu bijak berbicara untuk mengurangkannya.

Lagi kemas corak barang kemas tersebut lagi tinggilah UPAH. (Adakalanya barang kemas tersebut diletakkan sekali dengan batu-batu permata yang indah dan memerlukan 'skill' untuk mengikat batu-batu tersebut).

Jika ada yang menawarkan harga TANPA UPAH bagaimana ?
 

Sebenarnya anda harus lihat kelangsungan kedai-kedai emas tersebut bagaimana mereka beroperasi kerana,
Kami di GSR hanya menggunakan 'Platform' laman sesawang sebagai perantara diantara pembeli dan penjual. Dari itu kami dapat menjimatkan lagi dari pelbagai perkara dari UPAH tersebut.

Jika anda perlukan nasihat untuk menukarkan sebahagian simpanan anda kepada emas/perak boleh hubungi saya.
Untuk pemahaman yang lebih mendalam lagi adalah seperti berikut:-
KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

Video Mengenai Kejatuhan Emas dan Perak ?



Bismillah,

Mohon maaf jika anda sebelum ini membaca post daripada saya mengenai isu kejatuhan Emas serta ditambahkan lagi perasaan negatif mengenai. Turut sekali perak merasai kejatuhan ini walaupun sumber Perak ini makin banyak digunakan.



Sumber daripada Kitco.com

Saya pula melihat kejatuhan emas dan perak ini adalah RAHMAT yang seharusnya diambil peluang untuk mereka melaburkan sebahagian wang mereka kepada emas ataupun perak.




Jul 10, 2013

BNM tidak mengeluarkan lesen ?

Bismillah,


Baru terima emel daripada pihak BNM selepas 3 hari. Jawapan mereka adalah seperti berikut. Semoga rakan-rakan yang membaca juga ambil perhatian. Jika boleh kongsikan pesanan ini.

---------------------------------------------------



Encik Mohd Danial,

Kami merujuk emel tuan bertarikh 6 Julai 2013.

Untuk makluman tuan, Bank Negara Malaysia (Bank) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana syarikat untuk menjalankan aktiviti pengambilan deposit daripada orang awam untuk tujuan pelaburan. Bank hanya memberi kebenaran kepada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam, bank-bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional) untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Sebagai panduan, sekiranya syarikat tersebut melibatkan skim pelaburan yang jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 136-138 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Kami mengesyorkan agar orang ramai melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.


Untuk kemudahan tuan mengenalpasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan pihak Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh pihak Bank di laman sesawang kami seperti di pautan berikut: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57.

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman sesawang kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh pihak Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.


Nak buat apa masa harga emas jatuh?

Salam rakan jutawan sekalian....


Harga emas turun lebih kurang 20% jika dibanding dengan harga tertinggi pada Ogos 2011. 1 Dinar sekarang sekitar RM695 dan harga tertinggi pernah capai sebelum ni sebanyak RM833.



Lihat pada gambar graf di atas, sejak dari 2011, kita boleh meraih 36% kenaikkan harga emas.
Pada Okt 2012 harga emas mencecah USD1791 dan sekarang turun sebanyak 13% dimana harga 1 dinar waktu tersebut Rm786 dan harga sekarang adalah RM695.

Bagi orang yang belum memahami emas, dia akan panik! Tetapi bagi mereka pelabur tegar yang tahu perangai emas, mereka pasti tersenyum lebar muka ada SINYUM. Kerana, waktu inilah mereka akan menambah simpanan emas selagi ada waktuuu… selagi mereka mampu…. Mereka akan bershopping sakan dan masa inilah peluang memaksimumkan keuntungan dengan teknik pajak di Ar-Rahnu!
Bagi mereka yang tahu, bila harga emas jatuh 13%, inilah masa mereka berpeluang dapat keuntungan 13% atau lebih dengan mudah!

EMAS Harga Jatuh, Untung atau Rugi?

Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi anda yang simpan 100 gram emas, cuba timbang balik, emas yang anda simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Pastinya tak berkurangan walaupun 1 gram. Jadi, anda rugi ke bila harga emas jatuh? Pastinya tidak… Begitu juga bagi sesiapa melabur dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan SEMEMANGNYA rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!


Kenapa harga emas turun menjunam?

Salam semua jutawan...


Untuk pengetahuan semua emas pada tahun 2012 harga segram cecah RM 190/g dan sekarang harga emas cecah kepada RM140/g. Kira kejatuhan emas telah mencecah sebanyak RM50/g...



Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapa harga emas jatuh!...dan adakah pelaburan dari segi emas fizikal tidak lagi sesuai buat masa sekarang???

Sebab itu lah hari ini saya ingin kongsikan kepada anda semua, mengapa harga emas jatuh....

1. Harga emas memang penah jatuh contohnya pada tahun 2008 emas jatuh sebanyak 25%....kemudian tahun 2009 emas naik semula kepada 50%


2.Saya tidak kata emas jatuh lagi or emas akan naik semula, ini kerana harga emas sekarang sedang di monopoli oleh kuasa barat dimana mereka adalah pemegang terbesar emas dunia. Contohnya jika pemegang ini mencairkan emas yang mereka ada untuk dapatkan cash, maka limpahan emas akan berlaku dan harga emas akan menjunam..bagi saya masa ini adalah sesuai untuk membeli emas kerana tengah murah....


3.Pendapat peribadi saya adalah, pelabur emas yang lama banyak telah mencairkan emas mereka untuk dapatkan keuntungan. Maka harga emas kembali menjunam. Bagi saya, selagi orang ramai menggunakan duit/fiat money maka selagi itulah harga emas akan meningkat. Ini kerana nilai mata wang sudah tidak dilandaskan kepada emas lagi... (baca entry saya berkaitan asal usul duit kertas)

4.Kejatuhan emas ini melanda di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja..maka orang ramai akan berubah arah kepada pelaburan jenis lain.Contohnya pelaburan saham. Pakar ekonomi ada membentangkan kitaran pelaburan dunia...dimana ianya melibatkan saham,emas dan juga hartanah. Kitaran ini akan berganti-ganti setiap 10 tahun...Ini jangkaan sahaja dan kongikan kepada semua pembaca.


sumber

5. Ini adalah jangkaan sahaja..Graf emas akan datang yang sempat saya cedok...heheheh


sumber


Permintaan Emas Fizikal Dunia??

Salam rakan jutawan saya....

Tertarik untuk menulis apabila melihat pergerakan emas menurun jatuh sehingga mencecah harga harga 2 tahun lepas USD 1482 per ounce(July 2011)



Dengan kejatuhan harga yang agak menjunam, sudah tentu ramai yang panic tak tahu nak buat apa dan ada juga yang membuat panic sales takut takut harga akan terus menjunam.

Apa yang anda perlu buat pada masa sekarang adalah banyakkan membuat kajian kenapa harga emas turun dan adakah trend ini sementara ataupun berterusan.

Antara kajian yang saya buat adalah Permintaan emas fizikal vs harga emas.

Dalam Teori ekonomi demand and supply:

1. Harga akan jatuh jika demand kurang dan supply berlebihan

2.Harga akan naik jika supply kurang dan demand tinggi.

Tetapi apabila diperhatikan walaupun harga emas menurun tetapi permintaan emas FIZIKAL tetap bertambah malah meningkat.

Ini bermakna ada individu/syarikat/negara yang mengambil kesempatan dengan harga murah ini dengan terus membeli emas fizikal.

Jadi terpulang kepada anda nak follow trend yang mana?

1. Trend menjual emas ketika harga jatuh? atau

2. Trend merebut peluang membeli emas dengan harga rendah.

Permintaan emas fizikal vs harga emas.



Tidak Rugi


Salam RAMADHAN Al MUBARAK

Selamat Pagi Jutawan sekalian....


Selamat menjalankan ibadah puasa dari AlifGold, Semoga keberkatan bulan Ramadhan ini kita manfaatkan dengan sebaik mungkin....

Ini antara niat puasa dan juga doa berbuka puasa yang perlu kita hafalkan...


PERHATIAN-PERHATIAN-PERHATIAN anda-anda semua...semualah....
Semoga Allah bagi kefahaman kepada kita semua... Insya-Allah...


"SUNNAH-SUNNAH KETIKA MAKAN"

1. membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan. (Sunan Abi Dawud Hadtith3755)

2. duduk di atas lantai. (Bukhari Sahih Hadith5386) 



3. duduk di salah satu daripada tiga postur berikut;
a) Dalam kedudukan MEMBACA TASYAHHUD (seperti dalam solat) (Fathul Baari Hadith5399),
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan, (Ibid; Takhrijul Ihya Hadith1304) dan
c) Dalam postur mencangkung (Sahih Muslim Hadith5299).

4. makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). (Sahih Muslim Hadith5265 dan Majmauz-zawaaid)