Nuffnang Ads

Jun 28, 2013

Parameter Pelaburan Emas (e-Fatwa)?


Salam semua warga alifgold...lama dah xupdate ni...sini saya kongsikan sedikit info untuk anda yang melabur dalam emas fizikal...

Take NOTE OK...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter

Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.


Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.

Harga Belian (al-Thaman)


3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah


7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.


Amaran Bank Negara Berkaitan Jual beli emas dan perak fizikal?

ANDA PERLU TAHU!!!

Kami ingin memaklumkan bahawa urus niaga emas atau perak bukanlah di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan itu, Bank tidak mengeluarkan sebarang kelulusan atau lesen kepada syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti urus niaga emas atau perak.


Walau bagaimanapun, sekiranya urus niaga emas tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank Dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989.



Kami telah menjalankan beberapa penyiasatan ke atas syarikat yang disyaki terlibat dalam menjalankan pengambilan deposit wang tanpa lesen yang berlandaskan produk urus niaga emas seperti seperti Genneva Sdn Bhd, Bestino Group Sdn Bhd dan Gold Label Sdn Bhd yang berkemungkinan menyalahi Seksyen 25(1), ABIK.


Untuk pengetahuan tuan, kami juga sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dan tidak teragak-agak untuk menjalankan penyiasatan sekiranya sesebuah syarikat itu disyaki terlibat dalam pengambilan deposit tanpa lesen dengan berselindung di sebalik urus niaga emas untuk mengaburi aktiviti syarikat tersebut.

Orang ramai adalah dingatkan agar lebih berhati-hati dan meneliti risiko-risiko tersirat dalam pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.


Setiap pelabur diingatkan supaya memeriksa latar belakang sesebuah syarikat dengah pihak berkuasa dalam memastikan syarikat tersebut mematuhi undang-undang. Sebagai panduan, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan kepastian aktiviti -aktiviti perniagaan yang didaftarkan. Pelabur-pelabur juga mungkin mahu mendapatkan maklumat kewangan syarikat termasuklah keupayaan syarikat memberi pulangan atas pelaburan yang dibuat. Maklumat-maklumat kewangan dan latarbelakang syarikat boleh diperolehi melalui dokumen-dokumen berikut:

(i) Laporan Tahunan Berodit

(ii) Memorandum dan Artikel Pertubuhan

(iii) Borang 49 – Senarai pengarah syarikat


Jun 20, 2013

GSR kini di tv9?

Salam rakan jutawan sekalian,


Entry kali ini saya nak cerita sikit, GSR Gold Silver Resources adalah company pemilikan bumiputra sepenuhnya oleh saudara Anuar Abd Rahman dan isterinya.


Kami di GSR mempunyai 3 moto utama iaitu:

1. Menjual Emas dan perak fizikal secara on9


2. Membeli semula barangan emas dan perak GSR dan juga membeli  emas dan perak terpakai


3.Yang ketiga ni xde pada company lain yang jual emas iaitu kami beri didikan percuma kepada anda berkaitan emas dan perak seperti kenapa memilik emas dan perak



Kami telah dekat 2 tahun menjadi company menjual emas dan perak dan kini tiba masanya kami masuk ke maintstream di mana kami telah berjaya memasuki iklan slot di tv9



Cara nak cari pelanggan dengan mudah?

Tips untuk Menarik Pelanggan Baru...


Apakah Anda sedang bingung bagaimana meningkatkan jualan Anda? Anda tidak perlu risau kerana anda tidak bersendirian . Menemukan pelanggan baru adalah sebuah cabadan penting dalam sesuatu bisnes. Jika Anda sedang mencari cara untuk menarik pelanggan atau pelanggan baru, mungkin artikel 10 tips menarik pelanggan baru ini akan berguna bagi anda.

1. Berikan Sesuatu




Setiap kali kita "memberikan" sesuatu, kita akan mendapatkan prospek lebih sebagai balasanya . Semakin tinggi 'hadiah' yang kita berikan, semakin banyak klien yang akan datang. Prinsip ini sangatlah kental dalam dunia bisnes, untuk berjaya dalam sesuatu bisnes tentu kita tidak boleh takut untuk mengeluarkan sesuatu yang bernilai yang setimpal.
Jadi, janganlah takut untuk memberikan sesuatu kepada orang lain, kerana sebagai imbuhanya klien baru akan ada di depan 'pintu'. Contoh paling jelas adalah promo atau diskaun...Insyallah.....


2. Temui Berbagai Orang


Tentu Anda pernah memiliki pelanggan yang berasal baru dari pelanggan sebelumnya, atau pelanggan tersebut memang sudah orang yang Anda kenal. Itulah keuntungan dari bertemu dengan berbagai orang, iaitu network atau jaringan Anda akan lebih luas. Jangan sesekali berkawan hanya "Klik" tententu sahaja kerana ia menghadkan jaringan perniagaan anda.



Pembukaan Kedai Emas SyifaJewellery?


Pembukaan Kedai Emas #SyifaJewellery

PROMOSI : SEMPENA PEMBUKAAN KEDAI EMAS SYIFA .
Pihak Syifa Jewellery Sdn Bhd menawarkan Khidmat Cuci Emas PERCUMA Kepada 100 Orang Terawal yang hadir ke Kedai Syifa Jewellery. Pelbagai Tawaran Istimewa menanti anda semua . Jemput Hadir Ke Kedai Syifa - www.facebook.com/emassyifa

21 Jun 2013 JUMAAT


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin.


Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW.
Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Jun 12, 2013

Perancangan Kewangan?

Salam jutawan sekalian....

Artikel kali ini, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk menabung. 10% daripada pendapatan bulanan kita perlu diasingkan untuk tabung kita. Dengan syarat, duit tabung ini tidak boleh


dibelanjakan dan hanya digunakan untuk pelaburan. Untuk lebih jelas lagi, saya akan perincikan lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan bulanan anda. Pendapatan kita boleh dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu:


Keperluan : 55%


-pinjaman kereta, pinjaman rumah, bil utiliti, perbelanjaan seharian, makanan, minuman, pengagkutan dan sebagainya.

Pelajaran : 10%


-duit yang diperuntukkan untuk menambah ilmu, tak kira sama ada ilmu dunia ataupun akhirat.

Hiburan : 10%



-duit untuk memanjakan diri, pergi melancong, tengok wayang, jalan-jalan cari makan dan sebagainya.

Simpanan Jangka Panjang: 10%
 

TABUNG KEBEBASAN KEWANGAN (FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT)

-bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting, anda cuma peruntukkan 10% daripada gaji anda untuk simpanan jangka panjang.

prinsip menyimpan ini sangat mudah kerana “Money Atrract Money”, “More Money Attract More Money’. Disiplinkan diri anda untuk sentiasa

sayangkan diri anda dengan menabung. Salah satu sebabnya adalah, tabung ini akan digunakan untuk create passive income. Melalui pasive

income, duit akan berkerja untuk anda. Sama ada anda sedar atau tidak, duit anda akan sentiasa bertambah. Melalui pengalaman saya, terdapat


beberapa cara untuk membina passive income. Antaranya ialah:
  1. PELABURAN EMAS -perkara yang sedang saya lakukan sekarang.
  2. Terlibat dengan Perniagaan Franchise seperti Mcdonald, KFC, Burger King dan banyak lagi.
  3. Vending Machine: mesin basuh, mesin air minuman dan sebagainya.
  4. Internet Marketing – Autoresponder.
  5. Bond Management SystemProperty Investment: International Property / Property Management
  6. Forex : Foreign Exchange
  7. Unit Trust
  8. ASB : RM200k max.

KAITAN EMAS & WANG KERTAS PANDUAN DI AKHIR ZAMAM ?

Salam semua rakan jutawan.....

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.
Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?
Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi. Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.





Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas. Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.
Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?
Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?
Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.
Wang kertas jika dikaji asal-usuknya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.
Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?
Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.


Matawang emas Jepun



Matawang emas British

Tapi……. mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.
Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa …


Jun 4, 2013

Apakah mutu barang kemas anda?

Salam semua rakan jutawan sekalian.....


BARANG KEMAS | Jika anda hendak buat nota pun boleh memandangkan GSR telah meniti dibibir-bibir masyarakat sebagai sebuah Gedung Emas Online yang berkenaan BARANG KEMAS. maka lebih baik kita persiapkan diri dengan ilmu barang kemas.


 Tak luput dek hujan tak lekang dek panas, itulah pepatah yang begitu sinonim dengan perhiasan emas yang sentiasa menjadi pujaan dan buruan dikalangan peminatnya walaupun masa telah merentasi zaman dan generasi berabad-abad lamanya. Dengan mengenakan perhiasan emas, si pemakainya kelihatan anggun dan menawan. Ia juga melambangkan status kehidupan si pemakainya. Kini tidak lagi ramai yg memakai perhiasan dari emas kemana-mana memandangkan perubahan zaman dan faktor keselamatan, sebaliknya beralih kepada koleksi kemegahan peribadi.


Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.


Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.


Seminar Peluang Perniagaan EMAS & PERAK di SHAH ALAM seksyen 7?

Salam semua rakan jutawanku.....

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PERAK BERSAMA GSR.



Tawaran TERBUKA: Program Pembangunan USAHAWAN EMAS GSR. Kenapa GSR menjadi pilihan Peniaga Emas di Seluruh Malaysia ?


1. GSR menawarkan HARGA BORONG & MAMPU MILIK
2. Perhidmatan Tempahan Online & Penghantaran Terus


3. Kos Modal Yang Kecil Berbanding jika anda ingin membuka kedai emas memerlukan modal ratusan ribu hingga jutaaan.
4. Pelbagai Produk yang anda boleh pilih


5. Penghantaran ADALAH PERCUMA
6. Kursus Profesional dan KEUSAHAWANAN di sediakan bagi memberi latihan kepada anda untuk mahir dalam bidang keusahawan.
7. Sistem Mentor - Mentee memberi bantuan sokongan dan dorongan untuk anda terus berjaya dalam bidang perniagaan.
8. PERCUMA bantuan Pemasaran Online dan Offline



Tahukah anda ? 90% usahawan GAGAL dalam bidang perniagaan kerana kekurangan ILMU