Nuffnang Ads

Dec 28, 2012

DINAR SYIFA GSR sebagai MAS KAHWIN?

Salam semua,

Disini saya ingin kongsikan bersama anda,mulakanlah dengan perkahwinan anda dinar emas sebagai hantaran perkahwinan....

MEMBUDAYAKAN DINAR SYIFA GSR sebagai MAS KAHWIN...


ISLAM ada panduan lengkap dan terperinci mengenai perkahwinan, bermula daripada kriteria atau cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), panduan hubungan seksual antara kedua suami isteri, bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika berlaku pertelingkahan atau kemelut rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara terperinci.


Dec 26, 2012

Emas Kalis Inflasi?

Salam semua,

Apakah itu inflasi....lihat gambar dibawah untuk tatapan bersama...


Inflasi adalah  sesuatu keadaan ekonomi yang berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga (kebanyakan barangan dan perkhidmatan) yang berterusan sehingga memberi kesan kepada kadar nilai wang semasa.

Oleh sebab itulah, pada masa sekarang adalah lebih mudah untuk menjadi jutawan dengan memiliki wang RM1 juta berbanding dengan 20 atau 30 tahun yang lalu. Ini adalah disebabkan nilai RM sudah jatuh walaupun dari segi (nilai muka) jumlah angka masih tetap sama!

RM1 juta hari ini jika dinilai atau dihitung pada nilainya jauh lebih murah daripada RM1 juta 20 atau 30 tahun yang lalu. Sebab itulah Jutawan “modern” tak seperti jutawan dulu-dulu…Mungkin 30 tahun yang lalu dengan RM1, kita boleh menikmati sarapan pagi tetapi hari ini dengan RM1 kita mungkin hanya mampu minum secawan teh O sahaja ! sekiranya dapat…

Jadi Apakah Punca Inflasi?
Berikut saya senaraikan 5 jenis punca yang mendorong kepada keadaan inflasi dalam ekonomi sesebuah negara;-

Hubungan emas dan mata wang?

Salam semua

Ini pula info untuk anda baca!

1. Emas dan perak pernah digunakan untuk sandaran mata wang fiat.







Seawal Empayar Byzantine, emas digunakan untuk menyokong wang fiat*, atau pelbagai mata wang yang dianggap sah di negara asal mereka . Emas juga digunakan sebagai rezab matawang dunia hampir 20 abad lamanya. Di Amerika Syarikat, mata wang emas ini digunakan sehingga tahun 1971 sebelum  Presiden Nixon menghentikan sistem matawang emas ini.
Antara sebab Presiden Nixon bertindak menghentikan sistem matawang emas ini adalah kerana keterikatan antara jumlah emas dan nilai matawang. Kerajaan tidak boleh mencetak wang sesuka hati melainkan mereka betul-betul mempunyai kuantiti emas yang sama dengan nilaian wang fiat yang mereka cetak. Namun demikian, para ahli ekonomi menyarankan agar sistem matawang emas ini dikembalikan kerana ketidaktentuan turun naik dolar AS dan matawang lain.


Konspirasi?

Salam semua, hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua berkaitan  dengan konspirasi pihak zionis dalam menjatuhkan orang islam kita. Di era saya mula berjinak-jinak dengan emas banyak artikel yang saya baca berkaitan emas..



Antaranya berkaitan dengan RIBA ... dibawah ini saya sertakan sekali dengan link websita yang saya baca terdahulu. Baca untuk tambahan info kepada semua..dan sebagai peringatan kepada kita semua...


Dec 20, 2012

Elak Tertipu Beli Emas?

Salam Semua,

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.


Dec 19, 2012

Emas dijangka melonjak?

POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121 setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.
Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.


“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Bonus Tahunan?

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda bagaimana cara untuk kita menyimpan emas sebagai pelabur emas yang berjaya.

Contohnya bonus hujung tahun anda 1 bulan gaji..dalam RM 2,000. Cadangannya adalah jangan membazirkan duit itu dengan dibiarkan di dalam bank...pasti anda akan menggunakannya...


Cadangan saya buatlah pelaburan jangka masa pendek.

Dec 17, 2012

Mencuci barang kemas sendiri?

Salam semua,

Bertemu lagi kita,walaupon banyak kerja xsiap2..plus kena hentam ngn supervisor blog ini mesti diteruskan perjuangannya..heheheh...hari ni saya kongsikan sedikit info bagaimana kita boleh mencuci barangan emas dan perak kita secara sendiri tanpa menggunakan alatan cucian emas seperti dibawah

Jika berminat membeli alat cuci emas dan perak dibawah boleh lah hubungi saya...Jika tidak ada cara manual untuk saya kongsikan bersama anda...


Dec 15, 2012

Simpanan 1 gram emas?

Salam semua..

Untuk memastikan masa depan anak2 kita, baiklah kita mulakan menyimpan 1 gram emas jenis gold bar. Mulakan dengan pelaburan jangka masa panjang yang mampu dilakukan oleh semua...



Dec 14, 2012

Mengukur saiz cincin?

Salam semua,

Hari ini kita belajar bagaimana nak mengukur saiz jari anda untuk cincin la..xkan untuk leher kot..hahahah..ok, biasanya setiap dealer2 emas ni ade brg2 mereka untuk mngukur jari...

Contohnya yang bawah ni, masukkan je jari pada ring yang banyak2 tu, then lihat hasilnya saiz apa...

Yang ni pulak adalah kayu besi ukur, bantai je nama...cara penggunaanya pulak..masukkan cincin yang anda ada pada gelung besi tu..kemudian bacalah saiz apa cincin anda..mudah je kan!


 
Untuk mendapatkan 2 alat di atas boleh la pm fb saya k...sepesial price untuk anda!

Ok, sekarang emergency case lak, bagaimana nak ukur sendiri tanpa beli alat2 di atas.mudah sahaja.... 


Dec 13, 2012

Kegagalan wang kertas?

Salam semua,

Entry kali ini saya ingin menceritakan tentang kegagalan mata wang kertas, kali ini saya ambil contoh negara Zimbabwe.Kenapa negara Zimbabwe miskin,Adakah ia disebabkan peperangan?kita pernah dgr tak negara zimbabwe diserang ??yang kita dengar negara di serang seperti Iraq, Libya dan lain-lain...
Ini disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden "Robert Mugabe" yang bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.

Kesannya:-
Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%...banyak tu...

Dec 12, 2012

Emas berbentuk Lego?

Salam semua rakan yang dicintai,

Hari ini kita lihat pula kepada barangan emas yang dibuat menggunakan lego...terbaik ni!


Memandangkan Malaysia sudah mempunyai LEGO LAND yang terletak di Wilayah Iskandar,JB. Maka marilah kita reramai membeli barangan lego yang diperbuat dari emas ini. Ini kerana..nilainya bukan sahaja terletak pada emas..tetapi kepada nilai antiknya



Dec 11, 2012

Bagaimanakah ketulinan emas anda?

Salam semua,

Entry kali ini menceritakan tentang ketulinan emas anda. Biasanya emas ini desebut dalam bentuk Karat (K).Ianya menentukan peratusan emas anda dalam bahan yang ditempa. Biasanya kita dengar 24 Karat,22K,120K,18K,14K.10K dan 9K.



Simbol2 karat ini boleh didapati pada bahan tempaan anda.Biasanya barang kemas mempunyai komposisi 22 karat atau simbol lainnya 916



Dec 8, 2012

Bagaimana emas dicari?

Salam semua,

Entry kali ini menceritakan bagaimana emas dijumpai di dalam bumi kita ini. Kawasan emas ini biasanya dicari oleh ahli geologi, mereka akan menentukan tempat mana yang ada emas. Apabila emas dijumpai, emas itu merupakan dalam bentuk campuran bersama bahan2 lain seperti silver dsbgnya.



Dec 7, 2012

Jual beli Internet?

Salam,

ada yg bertanya tentang jual beli di Internet. maka sy berkongsi pendapat peribadi sy kita berkenaan rukun jualbeli. Mohon perkongsian ilmiah bersama rakan pengedar lain.
Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-

1. Penjual 2. Pembeli 3. Harga yang dibeli 4. Barang yang dijual 5. Sighah (lafaz penjual) 6. Qabul (lafaz pembeli)

i) Penjual -
Pihak penjual sesuatu produk secara online ialah syarikat GSR yang menjual barang di internet cthnya : Barang Kemas, Jongkong Emas dan Perak dan Syiling Perak

ii) Pembeli -
Pihak yang membeli sesuatu produk seperti pembeli Barang Kemas, Jongkong Emas dan Perak dan Syiling Perak

Dec 6, 2012

Jenis-jenis rantai leher?

Salam semua,

Kita sebelum ini memanggil rantai leher sebagai rantai dan rantai tangan sebagai gelang. Tahukan anda terdapatnya berbagai-bagai jenis rantai leher.

Hari ini ingin saya perkenalkan kepada anda semua jenis-jenis rantai leher yang ada di pasaran kita.

1. Rantai Melor


2. Rantai Pintal


Dec 5, 2012

Negara Pemilik Emas Terbesar?



Emas adalah salah satu aset terbaik sebagai simpanan pelaburan sesuatu negara. Perananya sangat besar kerana trend graf yang sangat meyakinkan

Memang benar prestasi emas tahun ini sukar untuk kita jangkakan,kejap naik kejap turun. Akan tetapi trend ini tidak mempengaruhi sesuatu negara menyimpan emas.



Zakat Emas dan Perak?

Salam semua,

Disini ingin saya menerangkan kepada anda semua berkaitan zakat emas dan perak. Ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang takut untuk simpan emas jongkong (1 gram) kerana zakat.


Ok lah cmni senang cerita, emas dan perak ni hanya kita kena keluarkan zakat bila cukup haul(berat) dan nisabnya (masa simpanan). Emas terbahagi kepada 2 jenis dalam zakat. Pertama emas yang tidak dipakai (jongkong/syiling/gelang yang patah tidak digunakan sekali pon dalam tempoh 1 tahun) dan juga emas yang dipakai (barang kemas)


Dec 2, 2012

Karipap yang hilang?

Salam semua, disini ada video yang menarik untuk dikongsikan,.

Berkenaan dengan karipap yang hilang. Biasa lah..dari sini saya rasa ramai yang akan beringat lepasni nak tukarkan simpanan duit ke simpanan emas dan perak. Kami memberi didikan kepada anda untuk menyimpan.



Menguji ketulinan emas?

Bagaimana menguji ketulinan emas:

Di sisni ingin saya kongsikan bersama anda cara-cara untuk kita menguji ketulinan emas itu. Cara yang paling mudah sekali ialaha dengan menggunakan magnet...Jika emas itu melekat pada magnet maka...ianya b
ukan emas yang tulin...kerana emas dan perak bukan logam magnetik

Terdapat juga cara-cara lain seperti:

1.Gigit emas itu!...jika ianya emas anda, gigit sedikit atau beri tekanan pada permukaan emas itu. Sifat emas 999 ialah ianya logam yang lembut. Jika diberi sedikit tekanan maka emas itu akan memberi kesan peningalan sejarah padanya..

2.cop ketulinan 916, ini biasaya digunakan dalam emas yang berjenis barang kemas. Kerana barang kemas tiada sijil ketulinan seperti g.bar.

3.Menggunakan densimeter,ha!emas adalah logam yang mempunyai density yang malar.Tiada bahan yang lain boleh mempunyai density/ketumpatan yang sama dengan dengan emas.Density emas pada suhu bilik adalah 19.3 g/cm3